Pemuda Pas Kawasan Tambun
Tuesday, May 29, 2012
Jamuan Makan Malam 2012
Makan malam bermula..
Antara ahli yang hadir..
Muslimat bergambar kenangan bersama Ustazah Aiman Athirah Aljundi
Pimpinan cawangan Taman Meru 2B turut hadir
Exco Dppk Tambun menjamu selera
Bendahari Dppk Tambun turut hadir
Veteran PAS memberikan sokongan
Ustazah Aiman Athirah memberikan taujihat
Tayangan video PAS Tambun
Imam Muda Ustaz Huri mengalunkan dua buah lagu
AJK PAS Pusat, Tuan HJ Asmuni memberikan ucapan
Cenderahati kepada tetamu
Bergambar bersama Ustaz Huri
Ajk Makan Malam PAS Tambun bergambar kenangan
Unit Amal yang sedia berkhidmat untuk Islam 24 jam
24 Mei yang lalu, PAS Kawasan Tambun telah berjaya mengadakan Jamuan Makan Malam 2012 bertempat di Dewan PBSM dengan tujuan mengumpul dana untuk PRU 13. Dengan semangat perjuangan, Alhamdulilllah tiket jualan berjaya dijual semaksimum mungkin dan kehadiran sangat menggalakkan.
Dana pada malam itu berjaya dikumpulkan adalah hampir mencecah RM 5 ribu ringgit. Semoga semangat perjuangan terus mengalir dalam darah setiap diri pejuang untuk menumbangkan kezaliman Umno BN..
Labels:
Aktiviti,
Informasi,
Poster Media,
Say NO to UmnoBN
| Reactions: |
Najib Altantuya layan Kpop
Kononnya demi anak muda, Najib sanggup melakukan apa sahaja bagi menambat hati anak muda. Terbaru Himpunan Belia di Putrajaya,Najib hidangkan anak muda dengan tarian separuh bogel Kpop. Cakap tak serupa bikin. Laungan Konsep Wasatiah dan jihad untuk islam memang tak boleh pakai. Inilah jadinya bila pemimpin yang jahil agama. Islam dipermainkan oleh Najib. Para mufti membisu seribu bahasa dalam isu ini. Mana mufti yang lantang mengatakan Bersih 3.0 adalah haram? Kenapa isu tarian bogel ni semacam dihalalkan pulak? Pak mufti enjoy juga ke?? Segala hiburan maksiat dihalalkan oleh mereka untuk menambat hati anak muda. Semakin lalai anak muda,semakin mereka kuat memperbodohkan anak muda.
Penari Kpop separuh bogel
Najib cari calon isteri kedua
Pimpinan Umno yang berjoget tak ingat mati
Rosak anak muda
Penari Kpop separuh bogel
Najib cari calon isteri kedua
Pimpinan Umno yang berjoget tak ingat mati
Rosak anak muda
Wednesday, May 23, 2012
Sunday, May 20, 2012
Gambar Temasya Anak Muda Geng KIte
Peserta mewarna terdiri daripada pelajar 6-9 tahun
Kusyuk mewarna..
Pesilat dari Persatuan Silat Gayung
Bikers berkuasa tinggi dari Amal Bikers
Bergambar bersama band Kg Chemor
Hj Asmuni bersama peserta funride
Peserta yang ambil bahagian dalam Funride
Pidato dan sajak disampaikan oleh Imam Muda Huri
Pelancaran 4x4 Boot Camp oleh Tuan Hj Asmuni
Mempamerkan aksi terpendam
Pembukaan Majlis oleh KP PAS Tambun, Sdr Zairul Azrun
Peserta cilik pertandingan mewarna
KP PAS Tambun bersama KP PAS Perak, Ustaz Zawawi
20/6/2012, pagi tadi telah berlangsung Temasya Anak Muda Geng Kite di Dataran Ikhlasiah, Manjoi. Temasya ini diadakan bersempena sambutan Jubli ke-25 Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun. Dengan usia 25 tahun, Dewan Pemuda telah membuktikan anak muda mampu menggegarkan dan menggoyangkan UmnoBN di Tambun.
Program telah dimulakan sejak malam semalam dengan Pidato Anak Muda oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Program pagi tadi telah bermula seawal jam 630 pagi dengan pelepasan Konvoi berbasikal/funride, motosikal berkuasa tinggi oleh Amal Bikers dan kereta 4 x4. Konvoi ini telah mengelilingi kawasan tambun dengan tema PAS.
Di Dataran Ikhlasiah telah berlangsung pertandingan mewarna untuk anak-anak 6-9 tahun, gubahan buah untuk para ibu, cabutan bertuah dan pertandingan ibu dan anak. Banyak booth telah ambil bahagian untuk memeriahkan lagi temasya ini antaranya Medical Checkup oleh PAPISMA, Khidmat Bekam, Khidmat Rawatan Islam, Khidmat Guaman dan booth jualan. Semuanya perkhidmatan ini diberikan secara percuma.
Team konvoi sampai ke Dataran sekitar jam 10 pagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Sdr Zairul Azrun. Temasya telah diteruskan dengan Pidato dan sajak oleh Imam Huri, persembahan nyayian dari Band Kg Chemor, persembahan silat dari Persatuan Silat Gayung dan Pidato oleh Ketua Pemuda PAS Perak. Disamping itu, Tuan Hj Asmuni (Calon PAS Dun Manjoi) telah melancar dan merasmikan 4 x4 Boot Camp khusus untuk program kebajikan sekitar Kawasan Tambun. Gimik potong kek bersempena Hari Ibu juga telah dilakukan untuk meraikan kaum ibu yang hadir ke temasya.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Temasya Anak Muda Geng Kite samada secara langsung atau tidak langsung. Kehadiran yang dianggarkan sekitar 500 orang membuktikan anak muda sudah siap sedia untuk menghadapi PRU 13 untuk menumbangkan kerajaan thagut UmnoBN di Dun Manjoi, Dun Ulu Kinta dan Parlimen Tambun. Ayuh anak muda..kita bangkit!
Saturday, May 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)