Saturday, August 28, 2010

UMNO ekstrim @ tak paham islam?

Umno tentang Majlis Fatwa
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid
dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo
Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah
memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan
syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka
 tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.


Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong
 bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah
 dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka
 yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka,"
kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana
Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno,"
jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya
 bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya
 memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada
 mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.


sumber: Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails