Tuesday, September 7, 2010

Perkauman: PAS sokong Tengku Abdullah




Perkauman: PAS sokong Tengku Abdullah
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 7 Sept: PAS menyokong dan menjunjung kasih
 ke atas titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad
 Shah yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, parti itu dapat 

merasakan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan 
parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya 
berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing.

"Hanya Islam yang mampu memberikan keharmonian dan keamanan 

serta menyatukan rakyat sedangkan politik mengikut bangsa dan 
kaum tertentu hanya memecahkan lagi masyarakat.

"Orang Melayu tidak seharusnya duduk dalam parti Melayu sahaja, orang

 Cina juga tidak boleh duduk parti Cina sahaja, orang India pun begitu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas titah Tengku Abdullah ketika

 merasmikan Masjid Saidina Ali Kampung Bapong, Padang Tengku di Kuala Lipis, Ahad lalu.

Baginda bertitah dengan mengingatkan umat Islam agar tidak mengamalkan kehidupan berpuak-puak 

dan berpecah-belah kerana ia boleh menggugat umat Islam itu sendiri.

Menurut baginda lagi, hidup berpecah-belah tanpa sefahaman hanya akan merugikan umat Islam sedangkan 

masyarakat lain bersatu-padu dan maju.

Mengulas lanjut, Idris berkata PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana 

parti ini memperjuangkan Islam dan bukan memperjuangkan bangsa.

Jelasnya, tidak kira Melayu, Cina dan India, kesemuanya dapat bersama dengan harmoni dibawah PAS

 dan terbukti dengan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan 
bukan Melayu Islam.

Sehubungan itu PAS tegasnya menggesa rakyat negara ini khususnya di Pahang dapat melihat hasrat

 kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan di tempat yang sewajarnya.

"PAS berharap rakyat dapat menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan berasaskan kaum dan 

puak mereka sahaja.

"Dengan menolak Umno-BN sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas

 nama Islam," jelas Idris.


sumber: Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails