Tuesday, August 31, 2010

Merdeka dari tafsiran Najib Antantuya

31/8/2010..MERDEKA! MERDEKA!
terpekik terlolong segelintir rakyat Malaysia menyebut perkataan keramat tu.
tanpa tau makna sebenar kemerdekaan.
serupalah macam brng kakaktua..
terpekik tapi habuk pun tak paham.
merdekah sudah ke kite ni?

dulu dan kini Malaysia masih dibawah pemerintahan sekular.
dulu dan kini Malaysia masih dibawah telunjuk Barat.
cakap dah merdeka?
ate ngape masih ikut cara Barat dan penjajah?

Hebat sgt ke bila UMNO dinobatkan pemenang?
Pemenang bila kalahkan Malayan Union dlm pilihanraya dulu?
Great Britain saje mencanangkan Malayan Union..
ditubuhnya UMNO supaya semua bangsa melayu bersatu..kononnye..
utama propaganda menjauhkan umat islam dari perjuangan ulama2 terdahulu
ulama yg mendaulatkan agama dan menyahkan penjajah dari tanahair.
supaya org melayu lupa pd perjuangkan agama..
terus bersatu mendaulatkan bangsa semata2..
perjuangan bangsa yg dilarang agama..

Great Britain tak pernah gagal dalam perancangan menakluk negara2..
peliklah kalau Malayan Union kalah begitu mudah dgn UMNO?
Great Britain tak sebodoh itu..IQ lebih tinggi dari pimpinan Umno terdahulu dan sekarang.
UMNO menang tp dgn syarat meneruskan dasar2 Barat dan British.
merdekake camtu?

tolak islam dan ikut Barat dan Yahudi..
lahirlah sekarang produk2 yg dihasilkan Umno dan Barisan Nasional..

!
!
!
!
!
anak haram yg dibuang macam sampah

!
!
!
!
!
arak dijual berleluasa, dijadikan aset penting negara
bagi Umno arak itu halal

!
!
!
!
!
!
anak gadis yg dah hilang moral..
salah siapa?

!
!
!
!
!
!
anak pimpinan Umno pun rosak akhlak.
anak tak terjaga..nak jage Malaysia?

!
!
!
!
!
!
kekejaman manusia yg tiada penghujung.
tolak islam ni lah akibatnya!

!
!
!
!
!
!
keruntuhan moral yg dihalalkan Umno!

!
!
!
!
!
!
!
banyak lagi kepincangan..
kome pk lah sendiri..
Malayan Union tak kalah dlm pilihanraya dulu..
tapi sebenarnya Malayan Union dah menang 
menang melalui Umno.
bila Umno disokong ramai..
produk2 kat atas tu la antara contoh kejayaan..
kejayaan Malayan Union melalui Umno..
inilah yg diharapkan Barat dan Yahudi..
supaya org melayu dan islam jauh dari islam..
lupakan perjuangan ulama2..

terima kasih pengundi2 Umno BN kerna berjaya
merosakkan anak bangsa mu!


Monday, August 30, 2010

Malaysia Raja Arak


1. Saya rakamkan gambar - gambar ini beberapa minggu lalu sejurus memasuki pintu masuk KLIA . Telah lama saya menyedari perkara ini tetapi sering terlepas peluang untuk merakam gambar tersebut sehinggalah baru - baru dalam saya berkesempatan untuk merakam gambar ini dalam perjalanan pulang saya dari kota Kaherah Mesir.

2. Sebagai seorang muslim saya sangat rasa malu dan terhina dengan cara negara Malaysia yang rata - rata pemimpin mereka adalah melayu muslim . Cara ini lebih bermaksud memalukan negara atau hanya untuk memberitahu dunia bahawa malaysia adalah antara destinasi arak terbesar dan terpenting dunia.
3. Kerajaan UMNO dan BN selaku pemerintahan negara ini telah menghina dan mencabar kewibawaan ummat Islam selaku penduduk majoriti negara ini apabila mereka menjadikan arak sebagai material untuk menyambut tetamu yang memasuki negara ini .Malangnya fenomena ini tidak mendapat perhatian JAIS dan MAIS begitu juga JAKIM .

4. Mereka panasaran apabila non muslim masuk surau sedang ia jelas tidak bercanggah dengan agama malah telah pun difatwakan oleh majlis Fatwa Kebangsaan bahawa non muslim diharuskan memasuki ruang solat di masjid atau surau asal sahaja mereka memelihara adab kesopanan serta tidak menceroboh tempat suci ummat Islam itu .
5. Sebelum ini Datuk Seri Najib sering menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan demikian jugalah kenyataan Yb Khairy Jamaludin . Persoalannya , negara Islam jenis apakah menjadikan arak sebagai minuman menyambut tetamu. Kalau pun ia untuk pelancung non muslim , saya tidak fikir mereka datang ke negara kita mencari dan meminum arak kerana di negara mereka , arak disalur melalui paip ke rumah mereka dan mereka bebas meminum arak beberapa tong sehari . Mereka tidak perlu ke Malaysia untuk mencari arak .
6. Apakah arak yang disusun atur sedemikian rupa untuk mempromosikan negara kepada tetamu tidak menimbulkan sedikitpun rasa jengkel di hati Ibrahim Ali , Khary Jamaludin dan Datuk Seri Jamil Khir . Sehingga mereka mampu diam dan tenang berbanding sikap mereka terhadap kes doa hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu MP Serdang memasuki surau .

7. Jelas apa yang berlaku hanyalah menonjolkan sikap hipokrit UMNO dan BN yang hanya mencari kepentingan politik saat terdesak ditolak oleh rakyat tanpa mereka sedari tindakan mereka ini lebih menelanjangkan maruah dan mendedahkan keaiban mereka .

8. Jika mereka benar - benar serius dan yakin terhadap masa depan agama dan ummatnya di negara ini , mereka sewajarnya bertindak segera untuk tidak lagi menjadikan minuman keras itu sebagai "juadah" menyambut tetamu . Malangnya mereka hanya mempamerkan kejahilan melampau [yang menimpa mereka] apabila mereka mahu bertindak tegas ke atas khatib yang mendoakan hidayah buat Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

9. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya kerajaan Malaysia [ jika mereka sangat prihatian terhadap kesucian agama Islam ] agar tidak lagi menjadikanibu kepada segala maksiat dan dosa ini [arak] menjadi minuman utama negarayang pula dipromosi dan dihidangkan kepada tetamu .

10. Inilah malang apabila sesuatu tindakan hanya diambil berasaskan perkiraan dan perhitungan politik tanpa mereka mengambil kira asas ilmu Islam dan perlaksanaan syariat Islamiah .

Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

Peringkat Amal Islami

PERINGKAT AMAL ISLAMI YANG DIPERLUKAN OLEH SAUDARA YANG JUJUR IALAH:




1. pembinaan peribadi muslim sehinggalah dia mempunyai:

tubuh yang kuat
akhlak yang mantap
minda yang berilmu
mampu berdikari
akidah yang sejahtera
ibadah yang betul
bermujahadah melawan nafsu
menjaga masa
segala urusannya tersusun
berguna kepada orang lain

semua ini wajib bagi semua saudara

2. pembinaan keluarga muslim

medidik keluarganya supaya menghormati gagasannya. 
Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga.
teliti ketika memilih isteri. 
didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. 
didik anak dan pengasuh dengan baik 
besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam

ini juga wajib buat saudara semua

3. membimbing masyarakat

dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat
menghapuskan segala amalan yang tidak baik
menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik
bertindak segera melakukan kebajikan
sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam.

Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jama'ah sebagai
badan pelaksana

4. membebaskan tanah air

dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada mengusai aspek
politik atau ekonomi atau akhlak

5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam

dengan itu kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam
rakyat dan bekerja demi kenpentingan rakyat


Kerajaan Islam: ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan
melaksanakan segala fardhu Islam dengan tidak berterus terang
melanggar perintah Islam, Kerajaan ini sebagai pelaksana hukum dan
ajaran Islam. Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan
orang bukan Islam ketika keadaan terdesak tetapi bukan melantik mereka
sebagai pemimpin wilayah ammah. Dalam tindakan tersebut kerajaan ini
tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Apa yang
penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.

Perutusan tazkirah KP Tambun




ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKBAR;

Semasa saya menulis ucapan ini kita sedang berada di dalam 19 Ramadhan, ini bermakna kita sudah mendekati fasa ke-3 ramadhan, walaupun ada yang mengatakan tentang hadith 10 malam pertama makrifah, kedua keampunan dan ketiga dilepaskan dari azab neraka itu adalah daif, tetapi bolehlah ianya menjadi sebagai motivasi kepada kita yang masih berada di dalam Institusi Ramadhan ini.  Umpama kita duduk di asrama, sementara nak tunggu cuti balik kampong kita di beri motivasi dengan adanya sukan, hari kantin dan sebagainya.


Sahabat sekalian;

Di sepanjang Ramadhan yang lalu kita terutamanya yang berada di dalam gerakan Islam ini sentiasa tertunggu-tunggu tazkirah yang akan disampaikan oleh pentazkirah yang di jemput walaupun kadang-kadang isinya sama sahaja, tetapi Ilmu Islam lagi banyak di sebut ianya akan lebih lekat di fikiran kita.  Banyak kali kita diperingatkan tentang puasa ini akan menjadi seorang itu bertaqwa, tetapi berapa orang dikalangan kita yang ambil berat tentang taqwa ini dan berapa ramai yang akan bersungguh-sungguh merebut tingkat taqwa ini?

 Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 183)

Mungkin kita menganggap untuk mendapat tingkat taqwa kita hanya perlu duduk di tikar sejadah dan berzikir tak henti dari waktu solat ke waktu yang berikutnya.  Apakah kita yang duduk di dalam gerakan Islam yang kita diamanahkan oleh pimpinan dengan berbagai kerja kebajikan tidak akan mendapat tingkat taqwa contoh ada dikalangan pemuda yang diarahkan untuk membuka kaunter daftar pemilih di surau atau di masjid pada 10 malam pertama dan 10 malam ke 2 kita akan membantu kawasan dan cawangan untuk kerja-kerja kebajikan dan 10 malam terakhir pula kita mungkin akan meneruskan kerja-kerja MTD dan ada juga dikalangan sahabat AMAL kita yang bertungkus lumus dengan kerja-kerja kebajikan yang sudah semestinya tidak sempat untuk membaca Al-quran apatah lagi zikir khusus.  Tetapi para sahabat yakinlah segalanya perlulah dilakukan hanya kerana Allah dan buatlah bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita juga mampu untuk mendapat tingkatan taqwa tersebut.

Para Pemuda sekalian;

Marilah sama-sama kita insaf dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan, kumpullah dan senaraikan, kita tidak perlu malu dan takut kerana dosa-dosa yang kita senaraikan itu adalah milik kita, kita yang lakukan dahulu, jadi dikesempatan ramadhan ini marilah kita melutut dan menangis kepada Allah dan kalau boleh bacakan dengan jelas agar kita faham dengan dosa-dosa kita dan akhir mohonlah kepada Allah agar diampunkan dosa kita dan Ya Allah berikan aku kekuatan untuk tidak mengulanginya lagi.

Sekian buat kali ini, InsyaAllah saya akan menulis untuk ucapan hari raya nanti, jika di beri kesempatan dan izinNya jua

Terima Kasih

ZAIRUL AZRUN BIN ZAINAL ABIDIN
KETUA PEMUDA
PAS KAWASAN TAMBUN

Sunday, August 29, 2010

Bantulah kami pejuang islam Ya Allah!

video

Bantulah kami para pejuang utk menegakkan agamamu ini Ya Allah..
Berikanlah hidayah kpd penentang2 agamamu supaya mereka bersama kami..
Kami mendambakan keredhaan dan pertolongan dari mu Ya Allah..

Tidak faham agama punca polemik

KOTA BHARU, 29 Ogos: Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu ini menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang  kini hangat diperkatakan.

“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya. 

Tuan Guru berkata demikian sewaktu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan media anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di rumah anak yatim Taman Sabariah.

Seramai lebih 170 orang anak yatim menerima sumbang wang hari raya dari PMBK.




sumber: Harakahdaily

Umno buat fatwa haram masuk surau!

Kejahilan Umno-Apco dalam isu agama ni semakin menjadi2 skang ni. Sedih bila hero melayu ni nak tunjuk belang kononnye utk menjadi hero islam,pahlawan terbilang islam kononnye. Kejahilan agama dari la sekecil2 penyokong sampaila ke pimpinan tertinggi. Sehinggakan ulama umno pun terpaksa berdiam diri bila ada pimpinan umno yg buat kenyataan bercanggah dgn hukum dan fatwa dlm islam. ulama umno 2x5 cam pimpinannye, masing2 jage poket..ulama dunia semata2.

Isu doa dipolitikkan. Terbaru isu YB Serdang, Teo Nie Ching masuk surau dipoltikkan. Rancak menjadi hero agama, terus wat statement haram org bukan islam msk masjid.jahil dan dangkal pemikiran umno ni.datang surau blaja ilmu agama tak mau, buat kenyataan hukum agama mengalahkan Syeikh Yusof Qardawi. Terukke islam ni smpai org bukan islam tak boleh masuk rumah Allah?Umno yg menjadi punca org bukan islam takut dengan islam. Lihat contoh PAS, semakin ramai org bukan islam semakin dekat dgn islam..siap ada Kelab Penyokong. Bukan islam sokong islam, tapi umno yg kononnye ngaku islam??

Mane fatwa dan dalilnya org bukan islam haram masuk masjid dan surau. Timbul je isu ni,terus gune ayat quran..sebijik cam ulama lah!Diorang suh rujuk surah AtTaubah ayat 28:

“Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28).


Tapi disebabkan kejahilan yg melampau,umno apco ni tak sedar sebenarnya ayat ni dah dibahaskan oleh pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram sahaja. Bukan Mufti Harussani ok yg bg pendapat ni..Imam Syafie!


Rujuk: Laman Web Rasmi JAKIM




Wahai umno yg mengaku beragama islam, jaga setiap tindak tanduk.Jgn disebabkan tindakan tu menjadikan fitnah kpd islam. Cukuplah kehancuran dan fitnah yg kamu semua dh buat selama 53 tahun ni.



Ceramah Badar Al Kubra

Pada malam semalam, berkesempatan hadir ke Ceramah Badar AlKubra di Parit. Amtara penceramahnya Ust Abu Bakar (PJ PAS Perak), Dato' Nizar (AJK PAS Pusat) dan Tuan Guru Hadi (Presiden PAS).

Taujihat dari Tuan Guru Hadi benar2 terkesan bagi sape2 yg mendengar semalam.Kalau org umno tak terkesan gak,alamat keras sungguh la hati diorang tu.

Tuan Guru menceritakan kisah Peperangan Badar yg berlaku didlm sirah. Pertembungan dua kumpulan arab, satu yg mahu menegakkan islam dan satu lagi mahu mempertahankan 'poket'. Walaupun keduanya bangsa arab, tapi disebabkan dasar perjuangan yg berbeza, keadilan tidak dapat ditegakkan. Walaupun ditawarkan oleh kafir Quraish utk bersatu dan ditawarkan pelbagai jawatan kpd Nabi Muhammad, tapi nabi menolak dlm isu perpaduan ini sekiranya kafir Quraish tidak mahu meninggalkan amalan2 jahiliyyah mereka.

Sebelum peperangan, Abu Jahal berdoa supaya kumpulan islam Nabi Muhammad dikalahkan krn kononnya kumpulan yg memecahkan bangsa arab dan menolak perpaduan. Nabi Muhammad juga berdoa utk kelangsungan dakwah dan islam. Dan akhirnya kumpulan islam dimenangkan oleh Allah walaupun tentera islam hanya 313 orang jika dibandingkan dengan tentera kafir yang dlm 1000ribu org dan penuh dengan kelengkapan.

Setiap perjalanan kehidupan ini perlu melihat kembali sejarah dan sirah. Barulah ia dijadikan iktibar dan rujukan. Peperangan Badar kini kembali dalam konteks Malaysia. Pertembungan 2 kumpulan bangsa Melayu. Satu yg perjuangkan kebangsaan  dan yg perjuangkan agama.

Sejarah akan berulang!
Bukalah mata wahai UMNO yg mendaulatkan bangsa semata2!


Berbuka Puasa Gugusan Manjoi

Semalam pada 28/8/2010, beberapa exco Pemuda Kwsn Tambun sempat meluangkan masa untuk sama2 berbuka di Markas Kledang. Ifthar ini sempena majlis berbuka puasa gugusan manjoi. Program dimulakan dengan bacaan tahlil, berbuka dan sedikit taklimat mengenai pilihanraya dan program terdekat dari Pengarah MTD Manjoi, Ust Wan Ahmad Tarmizi.

Dimaklumkan bahawa 30/8/2010 ini akan diadakan Iftar Jamaie dan ceramah dari Dato' Nizar di Markas Chemor dan selepasnya itu digalakkan kpd semua jundullah bermalam di Masjid Tg Rambutan utk berqiamulail beramai2.


Saturday, August 28, 2010

UMNO tolak islam dan hudud?

Tekad Bersama Melaksana Hududullah



Firman Allah SWT:
Bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan. 
Demikian pula, terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kerana bersempena dengan sambutan hari Hududullah telah diadakan Seminar Hukuman Sebat Dalam Islam yang turut menampilkan pembentangan kertas kerja dan demontrasi pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan sivil dan syariah oleh pihak Penjara Pengkalan Chepa.
Undang-undang Allah
Undang-undang hudud merupakan undang-undang Allah. Ia difardhukan oleh Allah SWT, sebagaimana fardhu (wajib) bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat. Justeru menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan undang-undang hudud sebagaimana perintah Allah SWT. 
Natijahnya, kita semua boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya yang  mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir, di pejabat juga ada undang-undangnya yang mana seorang pekerja perlu mematuhi arahan majikannya, di dalam negara kita juga ada undang-undangnya yang mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan komplikated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Justeru siapa yang paling berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia ini sendiri, iaitu Allah SWT. Inilah yang Allah SWT firmankan:
Bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
Keperluan makhluk
Sebagaimana didedahkan melalui seminar dan demonstrasi hukuman sebat, banyak pendedahan dan maklumat telah diketahui. Justeru kita yakin, bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan sendiri oleh Allah SWT. Seperti mana ayat Surah An-Nur di permulaan di atas yang memberi makna bahawa An-Nur itu adalah cahaya.  Cahaya juga merjuk kepada refleksi daripada matahari, bulan dan bintang yang kesemuanya diperlukan untuk fizikal.  Termasuk cahaya petir (pancaran kilat) juga amat berfaedah untuk kehidupan makhluk di bumi. Demikianlah cahaya al-Quran, as-Sunah adalah diperlukan untuk rohani manusia. 
Adapun surah An-Nur itu tadi dimulakan dengan perkataan "Surah” yang kemudian dijelaskan oleh Allah: “…Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat.”
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan  bermaksud “Kami turunkan” diikuti dengan  bermaksud  “Kami wajibkan hukum-hukumnya” dan diulangi seterusnya  iaitu “Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata.” 
Ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT dan memang difardhukan hukum-hukum olehNya. Kemudian di sebalik hukum itu, ada keterangan yang apabila ketiga-tiga itu dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat. Ini merupakan satu isyarat jelas bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya.  Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah  yang bermaksud ”supaya kamu benar-benar beringat.”  Beringat ertinya pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT yang akan disoal olehNya di Padang Mahsyar kelak.
Sebagaimana Allah SWT berfirman selepas daripada ayat tersebut : 
Bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Salah faham 
Hudud bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna: batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman :
Bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah (dalam masalah rumah tangga).
Di dalam masalah pembahagian harta pusaka juga turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT : 
Yang bermaksud  : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah .
Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat membimbangkan, dan ditambah lagi dengan kes kecurian. Begitu pula, kes-kes buang bayi pula semakin membimbang dan menyedihkan. Termasuk juga peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain. Persoalannya, kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah ini?  Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Manakala undang-undang yang dicadang oleh Allah SWT  itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT :
Bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

Membangun bersama Islam
Sesungguhnya di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini.  Di antara maksud Membangun Bersama Islam ialah pertama, mendidik, mentarbiyyah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah sejak kecil sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa. Bayi di atas riba diperdengarkan “Bismillahir Rahmanir Rahim” setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhu’ sebelum susuan dilakukan.  Nama Allah, nama Ar-Rahman, nama Ar-Rahim adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia.  Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asma’ ul-husna ke atas qalbu bayi.
Dan keduanya, bila anak memasuki alam persekolahan, cikgu-cikgu pula mencambahkan, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh ibu di rumah tadi.  Bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang kehidupan, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing dan melaksana segala benih ditabur di rumah dan di sekolah supaya ia berbuah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak iman dan taqwa kepada Allah.  Sebagaimana maksud firman Allah SWT (Al-a’Raaf : 96) bermaksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi):  Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.  Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami).  Lalu kami timpakan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Menolak pencegahan Allah?
Amat mendukacitakan kita, ada pihak yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT.   Bagaimana rakyat mahu menjaga batas, sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri, tidak mempedulikan batas hudud Allah sendiri?   Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas.  Di sana sini berlaku perlanggaran terhadap hudud Allah dan syariat Allah dengan sewenang-wenangnya.
Sehubungan itu, tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa, mahupun internet dan disaksikan pula oleh anak-anak muda kita saban hari. Maka, ia semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak.  Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. 
Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni Kerajaan Negeri Kelantan ini. 

Tidak putus asa
Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan kita dilaksanakan. Kita mengharamkan riba, membataskan penjualan arak, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel, mengadakan peraturan menutup aurat, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran. 
Misalnya, dalam memastikan peraturan menutup aurat, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya mempamerkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga dan penjual beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat, selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. 
Kesemua itu bagi memastikan suasana sekitar masyarakat tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menimbulkan amalan seks bebas/zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa Kerajaan Negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu Kerajaan Pusat.  Kerana kita menghormati amalan ”Federalisme”.  Maka tepuk dada tanya iman. 
Akhir kata, semoga sambutan Hari Hududullah tahun ini sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul di bahu kita semua. Harapa bersama agar setiap amalan kita bakal mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

oleh: Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
         Mursyidul Am PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails