Friday, July 8, 2011

Najib menggelataq tunggu hari esok


Dalam masa 24 jam lagi, Malaysia bakal mengulangi sejarah kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan dan hak rakyat. Tanggal 9 Julai 2011 bakal menyaksikan jutaan pencinta Malaysia di Stadium Merdeka bagi menyuarakan tuntutan ke atas pilihanraya yang lebih adil. Semangat juang para demonstran dan pasukan kuning semakin hebat menanti hari esok..manakala hati2 kecil para pasukan merah semakin gentar menanti kemunculan jutaan demonstran kekuningan.
Setelah mendapat perkenan dari Agong, inilah peluang para demonstran menuntut hak secara berhimpun selari dengan perlembagaan Malaysia. Walaupun hak ini dinafikan UmnoBN sehingga kini,ayuh para dai'e dan pejuang,berdoa agar nusrah Allah sentiasa menaungi perjalanan dan perjuangan kita pada esok hari! Jangan gentar dan kecut akan kelibat FRU, Polis dan banjingan2 UmnoBN yang melata di sekitar KL. Teruskan langkah sehingga menuju ke Stadium Merdeka!

Kebodohan, kecutan dan fitnah umnoBN menjelang Bersih 2.0

1. Memomokkan Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga yang memusuhi islam dan wujudkan isu perkauman
2. Kononnya Bersih 2.0 didalangi oleh komunis
3. Keluarkan fatwa haram Bersih 2.0
4. Dilarang pakai baju kuning hatta seluar dalam kuning pun tak boleh la
5. Iklan2 provokasi di TV yang menunjukkan Bersih 2.0 bakal huru hara kan negara
6. Menangkap aktivis2 Pakatan Rakyat pada fasa sebelum menjelang Bersih 2.0
7. Menggunakan Akta Jenayah menahan para demonstran dan aktivis Pakatan Rakyat
8. Melarang 91 pimpinan dari memasuki KL pada esok hari
9. Menutup jalan2 utama ke KL pada esok hari
10. Sehingga kini tiada permit diluluskan hatta Bersih 2.0 sudah mendapat perkenan Agong
11. Menafikan hak berhimpun di stadium merdeka

Sian UmnoBN..terpaksa menggunakan seluruh jentera dan banjingan untuk menghalang kemaraan dan kebangkitan rakyat pada esok hari. Semoga setiap saat dan detik yang digunakan dalam mendapatkan keadilan ini akan dibalas pahala dan ganjaran syurga oleh Allah..

Takbir!!!
Hancur Hancur..Hancur Umno
Keadilan Keadilan..Keadilan untuk Pilihanraya!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails