Sunday, September 18, 2011

Hizbul Muslimin dalam kenangan


Hamim.jpg

Hizbul Muslimin atau Parti Orang Muslimin Malaya (Muslim People's Party of Malaya), parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948.
Pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung SemanggolPerak. Perhimpunan yang ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim. Ianya bertujuan membawa gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk bersama-sama. Hasilnya MATA, Majlis Agama Tertinggi (Supreme Religious Council) Malaya telah tertubuh.

Penubuhan Hizbul Muslimin

MATA mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis Melayu-Muslim untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk mengerahkan masyarakat umum. Majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada 13–16 Mac 1948 yang membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuUMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatif-nationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan Melayu-Muslim. Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati dengan nada perbincangan pihak Islamis, yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan. Perwakilan UMNO telah melapurkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka menyebabkan pemimpin UMNO Dato' Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai "ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol, lokasi pergerakan MATA.
Sejurusnya Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948 dipimpini Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua MATA yang mengisytiharkan supaya MATA diatur-semula sebagai satu parti politik Islam. Dengan penubuhan Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. MATA pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walaubagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaanBritish dengan dakwaan bahawa Hizbul Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya(PKM) yang diharamkan.


Pembubaran dan Selepasnya

Ramai anggota Hizbul Muslimin melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan menyertaiUMNO. Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu, mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association), dengan singkatan PAS. Pada masa itu, perlebagaan persatuan membenarkan keahlian bertindih di dalam PAS and UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain. Akhirnya, peruntukan keahlian bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang tersendiri. Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, persatuan itu didaftar-semula sengan nama baru sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era presiden Asri Muda pada 1970s.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails