Saturday, October 22, 2011

Malulah UIAM!

UIAM semakin terdesak bila menggantung tugas Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan berhubung statement beliau mengenai isu gereja. Tidak dapat tidak sudah pastinya yang berlaku merupakan dalang kerja Umno BN. UIAM tidak akan sesekali mencemar nama baik universiti dengan mengantung tugas ahli akademik jika tidak didesak oleh pihak atasan.

Jika ahli akademik tidak dibenarkan bersuara, maka sia-sialah segala ilmu dan pengalaman yang ada jika tidak dapat disebar luaskan. Makin ramailah selepas ini ahli akademik yang mungkin akan teragak-agak mengeluarkan kenyataan dan mengulas isu lantaran risau dikenakan tindakan. Mungkin inilah harapan Umno BN, melahirkan rakyat yang bisu, ikut resmi yes bos. Tak lama lagi mungkin terbantut budaya ilmu di Malaysia ini. Apalah guna ilmu setinggi gunung jika ilmu yang ada disekat?

Malulah UIAM!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails