Sunday, October 23, 2011

TGNA sokong Dr Aziz Bari


Sempena ucapan pembukaan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Taman Melewar semalam, TGNA Mursyidul Am PAS telah mengulas berkaitan isu penggantungan Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan.


TGNA menyeru semua pihak termasuk universiti supaya tidak menyekat ahli akademik meyuarakan pandangan mereka. Ahli akademik perlu diberikan peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.


UIAM patut malu kerana menyekat kebebasan bersuara dan membantutkan budaya fikir di dalam negara ini. Sebagai universiti terbaik yang banyak melahirkan graduan terbaik dan mempunyai kepakaran pensyarah yang tinggi, isu ini sepatutnya tidak timbul. UIAM sepatutnya menggalakkan pakar-pakar sedia ada melebarkan pemikiran mereka kepada masyarakat. Jika disekat, rakyat akan ketandusan ilmu dari pakar-pakar yang berkaitan. Yang tinggal hanyalah tin kosong yang banyak mengulas isu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails