Wednesday, June 29, 2011

Campus Live anjuran Nisa Tambun

Peserta campus live

LDK bersama FC


Peserta tanfiz pun join campus live

Cenderahati kepada KP Parit sbg penceramah jemputan

Ubah angin jap..cerita pasal Nisa lak.
Ahad lepas, Nisa Tambun telah menganjurkan Campus Live di UTP 
Tronohdgn kerjasama Helwi UTP. Pendedahan hidup di universiti
 telah dikupas dlmprogram ini. Penceramah jemputan KP Parit / CEO Suria Horizon
Ustaz Hakim Nor telah dijemput sbg penceramah motivasi.
Beberapa orang peserta tanfiz juga telah mengikuti program ini. 

Berbaik sangka sesama aktivis dakwah


Hubungan yang baik antara manusia yang satu dengan lain, dan khususnya antara aktivis Dakwah dengan aktivis Dakwah yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Hal ini karena, Allah SWT telah menggariskan bahwa mu’min itu bersaudara. Itu sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkokoh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merusak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).
Oleh karena itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (pemeriksaan/kajian) terlebih dahulu sebelum mempercayai apalagi meresponnya secara negatif, Allah SWT berfirman yang artinya:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu (QS 49:6).

Tuesday, June 28, 2011

Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih meningkat 98%

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Keputusan undian “SEJUTA SOKONG BERSIH 2.0"  meningkat  secara mendadak 300 peratus kepada 1,644 undian berbanding dengan tajuk sebelum ini "UTUSAN HINA ISLAM" yang mendapat 515 undian sahaja.
Keputusannya undian tajuk ini adalah 98.24 peratus atau 1,615 daripada 1,644 bersetuju dengan tajuk tersebut dijadikan tajuk utama Harakah.
Walaubagaimana pun terdapat 25 undian (1.52%) yang tidak bersetuju dan 4 undian (0.24%) yang berkecuali.
Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php
Sebelum ini tajuk-tajuk yang mendapat undian yang tinggi adalah PUTAR BELIT NAJIB dengan 1091 undian dan  BUBAR UMNO MASUK PAS dengan 942 undian. Lain-lain tajuk biasanya mendapat antara 300 hingga 600 undian sahaja.
Mulai hari ini, undian  dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah Wajarkah perkataan" BERSIH & BERKEBAJIKAN "  digunakan sebagai tajuk berita utama.  Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari, yakni hari ini dan esok.
Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.http://myharakah.net/polls.php

Monday, June 27, 2011

Demo boikot Utusan

Demo dimulakan dgn laungan takbir..Allahuakbar!


Ustaz Taliban membacakan doa

Gimik bako Utusan..kite bako!


Antara yg hadir dlm himpunan

Jumaat lepas satu demo bagi membantah kebiadapan Utusan 
menghina Islam telah diadakan di Masjid Negeri Ipoh.
Setelah seminggu PAS memberikan tempoh utk Utusan menarik 
balik penghinaan itu, Utusan tetap membutakan mata, 
mempekakkan telinga dgn desakan pembela Islam.
Maka jumaat lepas PAS telah membuat demonstrasi di masjid2
seluruh negara utk membantah dan memboikot Utusan.

Beli Utusan= Membenarkan Utusan Hina Islam= Menyokong Islam Dihina

Thursday, June 23, 2011

Himpunan Tolak UM

Himpunan Membantah Penghinaan 
oleh 
Utusan Malaysia Terhadap Syariat Islam

Tarikh: 24 Jun 2011/ Jumaat 
Tempat: Masjid Negeri  Ipoh. 

Bermula Selepas solat jumaat

Wednesday, June 22, 2011

Penting buat demonstran BERSIH 2.0!


Sekadar peringatan bersama..











Tolak Negara Berkebajikan Tidak Faham Politik Islam




Apabila Pas menjadikan tema muktamar pada tahun ini Membangun Negara Berkebajikan, ramai mereka yang berada di luar Pas begitu gelisah sehingga ada yang mendakwa Pas menciplak idea Barisan Nasional yang telah lama mereka laksanakan. Namun dipihak yang sama juga mengatakan Pas telah lari daripada agenda asalnya yang meletakkan Islam sebagai dasar.

Jika itulah yang difahami oleh mereka, benarlah mereka tidak mendasari politik Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka mendakwa menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan subsidi, membina pembangunan untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama, berapa banyak hak rakyat yang diketepikan, berapa banyak pembaziran dan kezaliman dilakukan kepada rakyat.

Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pas dipandu oleh Al Quran dan Sunnah serta ada tauladannya dalam sejarah pemerintahan para nabi seperti Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad serta khulafa' arrasyidin dan lain-lain. Ia juga melibatkan kebajikan fizikal dan kebajikan spiritual rakyat. Negara Berkebajikan yang menolak melakukan kemungkaran dalam pemerintahan. Sebaliknya negara yang dibina berasaskan taqwa kepada Allah dan memberi keadilan kepada makhluknya yang menjadi penghuni negara. Adakah ada ciri-ciri ini kepada yang mendakwa turut sama melaksanakan Negara Berkebajikan itu?

Bagaimana dengan sumber negara dan amalan hidup kepimpinan negara? Ini sahaja belum bebas daripada dosa pahala yang menjadi perkiraan negara berkebajikan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya sedang menyiapkan sebuah tulisan yang akan dibukukan berkait dengan memahami Negara Berkebajikan ini. moga ianya menjadi satu panduan dan pencerahan kepada golongan yang mengetahui dan tidak mengetahui



Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Nostalgia Bersih 1.0

!
!
!
!
!
!
  

  

   

Jom Ulangi sejarah kebangkitan rakyat!

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


!
!
!
!
!
!
!

Wajib bersama menuntut hak rakyat!
BERSIH 2.0

Ceramah Rakyat

Facebook harga 1.8 juta

fd7fe8be707b5a1ed5e3f0d047bd5d5c Facebook Page Visit Malaysia Nilai RM 1.8 Juta Untuk Diselenggara?

Pembaziran macan dah tak boleh dipisahkan antara UmnoBN.
Mane je ada membazir, disitu la UmnoBN.
Mane je ada UmnoBN,disitu la ada pembaziran.
Macam irama dan lagu la.
Kali ni Kementerian Pelancongan tanpa perasaan bersalah
dah membazirkan wang rakyat sebanyak RM 1.8 juta.
Bukan RM 1.80 sen ye..RM 1.8 juta!

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit 
berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada 
syarikat, Impact Creations Sdn Bhd,
 untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013
untuk menyelenggara laman Facebook visit Malaysia.

Bukanke ini pembaziran yang amat nyata.
Sah ini adalah syarikat kroni.
Facebook yang percuma kini dijadikan UmnoBN tempat 
pembaziran wang rakyat.
Tiada apa yang menarik dalam facebok berkenaan.
Yang menjadi friend dan like pun boleh dikira.
Tak percaya cuba click kalau nak tengok 
'kecerdikan' UmnoBN ni..



Tuesday, June 21, 2011

Dewan Ulama kecam utusan



lg_utusanmalaysiaKuala Lumpur, 16 Jun 2011 - Secara konsisten Utusan secara terus menerus memburukkan lagi imej Islam di kalangan rakyat Malaysia. Utusan terus merelakan dirinya untuk diperalatkan untuk menjadi talibarut dan lidah kepada United Malays National Organisation (UMNO). Nampaknya kelibat APCO semakin menyerlah dari semasa ke semasa dalam membentuk minda yang negatif terhadap Islam. Tidak cukup dengan memberi amaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam salah satu pilihanraya kecil baru-baru ini. Pada kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. Kali ini dilakukan oleh salah sebuah institusi akhbar yang mengaku bahawa dirinya mewakili umat Islam di Malaysia. Kali ini sasarannya pula agak berlainan kerana sasaran mereka adalah umat Islam. Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-UMNO iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS. Tapi rakyat Malaysia sudah lama tahu tentang permainan jijik utusan-UMNO ini. Dewan Ulama PAS percaya rakyat Malaysia sudah pun cerdik dan bersedia melakukan perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang untuk membalas keceluparan dan kebiadapan Utusan-UMNO ini!

Tips untuk berdemonstrasi

Bagi aktivitis masyarakat dan pendokong perjuangan, 9/7/2011 ni bakal menyaksikan himpunan terbesar kedua yang dianjurkan BERSIH. Untuk sekadar perkongsian, teman nak kongsikan beberapa tips semasa turun berdemonstrasi dari pengalaman teman dlm siri2 demonstarsi sebelum ni.
Perlu diingat, kita turun berdemonstrasi bukan untuk mencetuskan huru hara,
 tapi untuk menuntut hak rakyat yg telah lama dinafikan.
Tapi jika ada situasi yg tak diingini, contohnya siri demonstrasi diganggu oleh pihak polis dan FRU ataupun kumpulan2 yg tak diundang, maka beberapa persediaan perlu diambil.

Sebelum

  • Pastikan apply annual leave sebulan/ lebih dari tarikh demo
  • Jaga kesihatan sendiri, amik supplement vitamin klu perlu (utk elakkan sakit semasa demo, klu demam kan jenuh nak turun)

Semasa

  • Pakai pakaian yg longgar utk mudahkan pergerakan
  • Pakai topi/losyen utk elakkan sunburn
  • Pakai mask utk elakkan terhidu gas pemedih mata FRU/ elakkan penyakit berjangkit (org ramai sangat, takut ada yg TB)
  •  Pakai kasut yg sesuai/snickers utk mudahkan pergerakan
  • Bawak beg kecil utk simpan baju BERSIH/barang2 keperluan (jgn pakai baju BERSIH sebelum berada ditempat lokasi, ada kemungkinan akan ditahan polis sebelum berkumpul)
  • Bawak garam halus utk dimakan (utk kurangkan side effect gas pemedih mata FRU jika FRU bertindak ganas)
  • Simpan gula2 atau makanan ringan dlm beg/poket (utk elakkan hypoglycemic/pengsan sebab tenaga tak ada)
  • Elakkan bersendirian semasa demonstrasi/ sentiasa bersama sahabat @ rakan demonstran yg lain (polis selalu akan gunakan kekerasan utk menarik peserta yg bersendirian utk ditahan di lokap)
  • Elakkan membawa peralatan yg boleh timbulkan fitnah (pisau/batu/ pistol/besi etc)


Semoga BERSIH 2.0 dapat membuka mata kerajaan utk kembalikan hak rakyat dan berlaku adil dalam PRU  akan datang. Segala amal untuk kepentingan ummah akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah..insyaAllah;)

Monday, June 20, 2011

Student sekolah agama yg murtad

video

Video ni dirakamkan di negeri Malaysia Timur semasa paderi 
ni lantang ber'khutbah' dlm gereja.
Utk makluman,hamba Allah ni adalah seorang muslim pada asalnya..
kini murtad memeluk kristian semata2 mengejar 
habuan dunia dan kecelaruan dlm memahami islam.
kini dia menjadi paderi dan dlm usaha memburukkan islam.
teman kenal beno dgn hamba Allah ni..
dia ni ex senior teman masa sekolah agama di Ipoh ni.
Jadi teman kenal sgt sifat,perangai dan aktiviti dia ni.
Bukan masalah sekolah,mahupun salah ustaz dan ustazah yg
mengajar senior teman ni dia jadi mcam ni.
Tapi merupakan msalah diri dan dalaman yg langsung 
tak mahu mendalami dan memahami agama islam tu sendiri.

Video ni pernah kecoh suatu masa dulu.
 Kementerian yg berkaitan kata akan menyiasat mengenai
laporan dan aduan terbabit.
Namun, sehinnga kini tiada jawapan dan penyelesaian.
Seolah2 kerajaan acuh tak acuh menangani isu murtad ni.
Kerajaan menghidangkan hiburan melampau kpd rakyat, 
media yg menayangkan kelucahan melampau,
program yg melalaikan.
Natijahnya rakyat semakin buta dan jauh dari agama..
Inilah hasilnya..salah satu produk UmnoBN melahirkan insan yg MURTAD!

Pada 2006, Mufti Perak itu berkata satu laporan kajian
 sekumpulan Melayu profesional dan intelektual pada
 tahun sblmnya mendapati jumlah mereka yang murtad 
di negara ini mencapai sehingga 100,000 orang dan ia turut 
melibatkan seorang wanita bergelar ustazah.

Tapi ada kerajaan kisah?
Apa jawab kerajaan?
Aiman tak kisah..

Negara kebajikan

Saturday, June 18, 2011

Motivasi Jentera Pilihanraya

Program Motivasi 
Jentera Pilihanraya Pemuda Zon B'Raya

oleh
Ketua Penerangan DPPP
Ustaz Ridhuan Mohd Nor

Tarikh: 19/6/2011 (Ahad)
Jam: 5.30 ptg
Tempat: Markaz UPU Pengkalan Barat
 (Belakang TESCO Station 18)

Thursday, June 16, 2011

Utusan Malaysia hina Islam


Baru2 ni Utusan Malaysia sekali lg mempamerkan kejahilan agama dan 
ketidakprofessionalan mereka. Dua situasi yg ditunjukkan di atas
seolah-olah menunjukkan islam menindas golongan wanita yg dianiaya.
Persatuan Ulama telah mengecam karikatur ini krn jelas menghina islam.
Kita sbg umat islam wajar mengecam dan memboikot akhbar
yg memburuk2 kan agama suci islam.
Dppk Tambun menyeru umat islam supaya memboikot Utusan 
Malaysia sbg tanda benci kpd karikatur yg menghina islam ini.

Wednesday, June 15, 2011

SEKITAR PENJELASAN ISU BAZAR TOK GURU

Kerap kali kebelakangan ini isu bazar Tok Guru di Kelantan dijadikan modal dan senjata pihak UMNO dan konconya untuk memburukkan kerajaan negeri kelantan sehingga menyebabkan Tok Guru menjadi sedih memikirkan hal ini.

Pelbagai tohmahan dan da'waan dibuat untuk menghentam dan seolah-olah menunjukkan terdapat kebobrokan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

oleh itu, disini ada beberapa penjelasan mengenai isu ini, sebagai pencerahan untuk ahli PAS dan penerangan kepada orang awam

1- Sejarah Bazar Tok Guru

2- Penjelasan dari YB Nik Amar

3- Sekitar isu elektrik 1

4- Isu elektrik 2

5- UMNO cuba mainkan isu bazar Tok Guru


Semoga bermanfaat! =)

Tuesday, June 14, 2011

PEMUDA MESTI KUASAI MEDIA MAYA

Peranan teknologi siber

Peranan media baru(internet blog facebook dsb) dalam mempengaruhi minda rakyat sangat besar, ini disedari bn selepas berlakunya reformasi pada tahun 1998, revolusi di mesir dan beberapa buah negara lain juga membuktikan media baru sebagai satu alat yang sangat ampuh lagi dahsyat

Ini juga di antara sebab kenapa DPPP melancarkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari 2011 yang lalu, ini bagi mewujudkan dan memperkasakan lagi dominasi ideologi PR dan penjelasan isu dalam media maya

Pun begitu, jika kita sedar, pihak lawan juga sedang bertungkus lumus untuk menguasai media baru ini, dimana umno dlm perhimpunan agung 2010 mereka memutuskan beberapa perkara, antaranya ialah kuasai teknologi siber dan media maya

Hal ini diterjemahkan dalam statistik baru-baru ini yang menunjukkan blog/site proBN lebih banyak dikunjungi berbanding pro PR, menunjukkan bn memang bersungguh-sungguh untuk kuasai media maya

Oleh itu, pemuda khususnya yang celik IT seharusnya mengoptimumkan fungsi media maya seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya bagi menarik sebanyak mungkin sokongan kepada Pakatan Rakyat, juga sebagai medium untuk memberi penjelasan terhadap kekeliruan isu semasa

Dimana peranan kita?

maka, situasi hari ini menuntut kita untuk bersifat waqi'iyyah dan realistik dalam kita menghadapi serangan berbentuk dakwaan, psikologi(psycho war), idealism dan sebagainya, kita tidak patut hanya bergantung pada risalah berbentuk fizikal semata, tetapi haruslah berusaha mengkudakan media maya untuk kebaikan

kalau dahulu satu maklumat memerlukan beberapa hari untuk sampai ke luar kota, tetapi hari ini satu maklumat itu hanya perlukan beberapa saat untuk sampai ke seluruh dunia

lalu mengapa kita sebagai umat Islam tidak mengambil faedah daripadanya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails