Monday, September 26, 2011

Jahanam Utusan Malaysia hina Islam!



Nauzubillah..inilah akibatnya bila sistem sekular disembah oleh pemerintah. Segala bentuk penghinaan kepada Islam makin menjadi-jadi. Utusan Malaysia (lidah rasmi UMNO) kini semakin biadap dan semakin lantang menghina Islam dan mempersendakan hukum Allah.

Apa yang cuba Utusan/ UMNO cuba sampaikan melalui kartun ni?
1. Hudud ketinggalan zaman dan tidak sesuai dilaksanakan --- digambarkan melalui lukisan pemain piring hitam, lagu-lagu klasik.
2. Mempermainkan Hudud --- digambarkan melalui tulisan Hu..Hu..HUD..HUD..HUUDDU..DUDU. 

Apakah mereka ini tak takut dengan azab Allah dengan mempersendakan hukum Allah? Penjelasan demi penjelasan telah diberikan tentang Hudud,tapi segelintar orang Islam masih membutakan mata, memekakkan telinga.

Ya Allah, berikanlah hidayah Mu kepada mereka yang masih terkapai-kapai menjari jalan redhaMu. Lindungilah kami dari azabMu ya Allah sekiranya azabMu turun di muka bumi Malaysia ini lantaran penghinaan mereka kepadaMu Ya Allah!

HUDUD DITURUNKAN UNTUK KESEJAHTERAAN UMAT MANUSIA. BUKAN UNTUK MENGHUKUM SEMATA-MATA TAPI BERMATLAMAT MENCEGAH. HUDUD UNTUK MELINDUNGI ORANG ISLAM DAN ORANG BUKAN ISLAM DARI KEZALIMAN.


HUKUM ALLAH TIDAK PERLU DIPERTIKAI. NABI MUHAMMAD SEMASA MELAKSANAKAN HUDUD, TIDAK PERLU GUNAKAN KAEDAH 'REALITI' UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD. KETIKA ITU MASYARAKAT MAJMUK; QURAISH, YAHUDI ETC. PELAKSANAAN HUDUD TERUS DILAKSANAKAN AKHIRNYA SEMUANYA MENERIMA KEADILAN ISLAM .


APAKAH MAJMUKNYA MASYARAKAT MALAYSIA TAK SAMA DENGAN MAJMUKNYA MASYARAKAT ARAB ZAMAN NABI?

Saturday, September 24, 2011

Dato' seri Najib tolak hudud


Realiti apa yang ditunggu lagi? Lebih 50 tahun memerintah still mencari realiti di Malaysia? Apa pun alasannya, Dato' seri Najib jelas tidak akan membiarkan hudud dilaksanakan. Bukan setakat tidak yakin, tapi mungkin dialah orang pertama yang bakal diadili. Lebih 50 tahun Malaysia mendokong hukum Manusia, hukum Allah diketepikan. Allah itu Maha Mengetahui..hudud adalah yang terbaik untuk hamba-Nya. Nak tunggu sampai bila lagi? Alasan demi alasan adalah hanya dari orang yang tidak yakin dengan hukum Allah. Nak tunggu sampai semua rakyat Malaysia menjadi Islam dan beriman + tawaduk kepada Allah baru nak laksanakan hudud? 

Allah turunkan hudud dengan tujuan asal bukan untuk menghukum semata-mata tapi adalah untuk mencegah seseorang melakukan jenayah dan dosa besar..

Jom Bina Rumah India


Di jemput seluruh Amal dan Pemuda Tambun untuk bersama-sama ke Program Gotong Royong Perdana AMAL PERAK/TAMBUN seperti butiran di bawah.
Tempat
Laluan 25, Taman Klebang Jaya (Belakang Warong Din Bukit)

Tarikh
24 September 2011 (sabtu)

Jam
8.00 pagi

Tugasan
Membina sebuah rumah India 2 beranak yang tiada berumah


sumber: PAS Tambun

Gambar Jamuan Pakatan Rakyat Perak

Antara pimpinan PAS yang hadir; Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Ustaz Abu Bakar

PJ Pas Perak melayan tetamu yang hadir

Ucapan dari Dato' Seri Nizar

Antara tetamu yang hadir

Kusyuk mendengar taklimat dari pimpinan

Pimpinan Pemuda PAS Tambun bergambar

IPOH, 23 September - Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan jayanya telah menganjurkan Jamuan Pakatan Rakyat  semalam. Julung kalinya Kawasan Tambun telah menjadi tuan rumah dan Padang Taman Meru 1B telah menjadi lokasi utama jamuan ini diadakan.

Disamping menjamu selera dengan hidangan yang disediakan, hadirin yang hadir telah disajikan dengan alunan nasyid yang dijemput khas dan slot ucapan dari pimpinan-pimpinan Paktan Rakyat Negeri Perak. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ustaz Abu Bakar (PJ PAS Perak), Dato' Seri Nizar (MB Perak PR), Yb Sivakumar (Adun Tronoh), Dr Muhamad Nur Mnanuty (Ketua Majlis Pimpinan Negeri Perak) dan lain-lain.

Program yang bermula pada jam 8 malam ini telah berakhir pada jam 11 malam dengan kehadiran yang sangat membanggakan dari setiap pelosok negeri Perak. Ucapan syabas dan tahniah kepada Pakatan Rakyat dan PAS Kawasan Tambun.

Friday, September 23, 2011

Ceramah Isu Semasa.. Sejarah Ciptaan Umno

 MEMBETULKAN FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN




AHLI PANEL:

1. DR ANN WAN SENG (PENGANALISIS SEJARAH)
2. HAJI ASMUNI AWI (PEGUAM/ AJK PAS PUSAT)
3. PUAN ZUHAIRAH DATO' GHAZALI (NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PERAK)

          




TARIKH: 27/9/2011 (SELASA)
MASA: 9.15 MALAM
TEMPAT: PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN

BONGKAR SEJARAH TANAH MELAYU.. JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DITIPU!


Bangladesh mengundi di Malaysia?


KUALA LUMPUR, 23 Sept: Kewarganegaraan segera yang diberi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada warga asing mengancam keselamatan rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mustaffa Kamil Ayub, lapor KeadilanDaily.
Menurut Mustaffa, ia memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial masyarakat semata-mata bagi memenuhi kelangsungan politik Umno-BN.
“Isu penting yang tidak boleh ditolak dalam isu ini ialah ia bakal mengundang peningkatan jenayah dalam masyarakat.
“Sebab, setiap warga asing memiliki latar belakang budaya berbeza dengan rakyat kita,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajeed baru-baru ini yang mengakui rakyatnya mendapat kerakyatan mudah di Malaysia sejak setahun lalu dengan syarat mengundi Umno BN.
Pendedahan Hasina pada 16 September lalu melalui laman rasmi negara itu bagaimanapun dipadamkan keesokan harinya selepas isu itu didedahkan di Malaysia.
“Taktik ini juga bukti jelas betapa zalimnya pentadbiran Najib yang sanggup menjadikan nyawa rakyat demi survival politiknya,” kata Mustaffa.
Pada masa ini masa ini, setengah juta warga Bangladesh berada di Malaysia termasuk yang sudah tamat tempoh permit mereka.
Angka itu diperoleh setakat 29 Jun lalu seperti diakui sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Pertambahan jumlah itu melonjak lebih sekali ganda berbanding pada 2007 sekadar 200,000 orang sahaja.
Selain warga Bangladesh, laman antarabangsa Wikileaks baru-baru ini mendedahkan sebanyak 60,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi di negara ini.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya kira-kira 200,000 warga Indonesia turut didaftarkan sebagai pengundi.
Antara jenayah yang kerap dilakukan warga asing di negara ini ialah membunuh, merompak dan merogol gadis bawah umur.
Terbaru kes pembunuhan kejam seorang wanita yang dikerat badannya kepada 15 bahagian yang dilakukan warga Bangla.

Jamuan Pakatan Rakyat

 JAMUAN PAKATAN RAKYAT



                                        

DIJEMPUT SEMUA UNTUK HADIR KE JAMUAN PAKATAN RAKYAT MALAM INI

TEMPAT: TAMAN MERU 1B, IPOH, PERAK
TARIKH: 23/9/2011 (JUMAAT)
MASA: 8.30 MALAM

ANJURAN: PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Thursday, September 22, 2011

Diskusi Kemerdekaan ke -54

Dakwa Mat sabu..Najib temberang

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ekoran pendakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam, banyak pihak mula mempertikai sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Langkah Najib yang sebelum ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melonggarkan beberapa undang-undang mencengkam rakyat yang lain dilihat sebagai perubahan baru kerajaan.

Namun, menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor, sangkaan bahawa kerajaan mahu berubah itu meleset sama sekali apabila mengenakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu.

"Kita masih dapat lihat sikap double standard Najib dalam isu ini. Biarpun di satu ketika mengumumkan memansuhkan undang-undang zalim yang selama ini ditentang rakyat, namun hakikatnya roh kezaliman itu masih hidup dan segar dan masih diamalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Sambil membantah tindakan pendakwaan itu beliau menambah, tindakan kerajaan itu hanya akan menambah kesangsian rakyat terhadap kepimpinan Najib.

"Rakyat mengharapkan sikap terbuka kerajaan untuk berbincang, bertukar pandangan sejarah dan bertolak ansur.

"Bukan mengambil tindakan keras kepada mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat semalam turut menyatakan pendirian mengecam ‘pendakwaan terpilih’ terhadap Timbalan Presiden PAS itu.

Mereka menganggap tindakan itu sebagai bercanggah bercanggah dengan apa diumumkan Datuk Seri Najib untuk mengambil sikap menerima, berbincang dengan baik.

Dalam pertuduhan yang dibuat di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam, Mohamad didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Mahkamah membebaskan beliau dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Wednesday, September 21, 2011

Zizan akui kesilapan..


KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.
Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.
Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.
Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.
Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS  sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.
Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.
"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati  di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.

Tuesday, September 20, 2011

PAS Perak siap untuk PRU 13


IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan kesediaan PAS Perak untuk menggantikan UMNO mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 ini dan persiapannya harus dijadikan agenda penting bagi semua kawasan PAS di Perak.
Menurut beliau, PAS Perak harus memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti khususnya di Perak.
Memetik ucapan beliau,
“Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya”.
“Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat,”
Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyatakan, PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.
“Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.
Justeru beliau mengharapkan agar seluruh jentera PAS di seluruh kawasan di Perak memperhebatkan gerak kerja persiapan PRU 13, kerana kemungkinan besar PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa.

Ustaz Abu Bakar
Pesuruhjaya PAS Perak

Najib mansuhkan ISA..kemenangan PR dan rakyat

Bersempena Hari Malaysia yang lalu pada 16 September 2011, Dato' Seri Najib dah umumkan bahawasanya Akta Drakonian ISA akan dimansuhkan..ini membuktikan kuasa rakyat semakin kehadapan. Ini merupakan satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat dalam isu memansuhkan Akta ISA ini. Kuasa rakyat bangkit pada 2 tahun lepas dalam Demonstrasi Mansuhkan ISA di KL, akhirnya kemenangan beralih kepada rakyat hari ini. Najib kini akur pada tuntutan rakyat.

Jika dahulu ramai pemimpin BN menyokong Akta Drakonian ini dan bermatian-matian pertahankan ISA, kini terpaksa menjilat dan memuji tindakan Najib mansuhkan ISA semata-mata membodek dan jadi kaki pak turut dalam BN.

Yang pasti tindakan terdesak Najib memansuhkan ISA adalah kerana cuba menaikkan rating popular nya sebelum PRU 13 hujung tahun ini.

Apa kata Pak Menteri Bodek dalam BN?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan satu anjakan baru dalam pentadbiran perundangan negara serta memberi peluang kepada rakyat mendapat hak asasi manusia yang lebih besar. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata reformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri perlu diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak tanpa melihat ia dari perspektif politik yang sempit. 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mahu pemansuhan ISA itu diterima secara ikhlas dan tidak dibayangi prasangka buruk oleh rakyat kerana setiap pembaharuan yang dilakukan kerajaan telah dibuat kajian dengan teliti.


Yang pasti dari dulu PR membantah ISA dan sering dibangkitkan dalam Parlimen kerana menzalimi rakyat. BN tetap mempertahankan ISA kerana menjaga kuasa politik mereka dan kononnya atas keselamatan negara. Kini mereka yang dulu menyembah Akta ISA terpaksa menggunakan dalih lain untuk menyutujui cadangan Bos mereka.

PR sentiasa terkehadapan dalam menjuarai isu rakyat..




Al Barakah pertaruh nyawa anak-anak yatim


Asrama anak-anak yatim

tu dia pencawang utama elektrik

projek gempak,nyawa dipertaruhkan


Asrama anak-anak yatim ni dalam proses pembangunan lagi dibawah Pusat Pendidikan Al-Barakah (Ustaz Kazim Elias) di Manjoi. Kemusykilan mula bermain bagaimana projek ini boleh diluluskan dalam kawasan yang 'high risk' sebegini? Boleh mengundang padah, nyawa melayang jika litar pintas berlaku. Al maklumlah kawasan utama pencawang elektrik, kawasan yang bahaya.

Semoga Pusat Pendidikan Al-Barakah dan pihak berwajib buatlah tindakan susulan dan prevention seadanya supaya tidak berlaku perkara yang tak diingini kepada anak-anak yatim ini.

Jangan bila ada yang dah terkena, baru nak fikir..
Bak kata Nabil..Lu Pikirlah sendiri!




Dato' Seri Anwar turun ke Taman Meru

Ketua Srikandi PKR Malaysia


Dr Muhamad Nur Mnanuty (Ketua Majlis Pimpinan Negeri Perak)

Antara pimpinan PAS yang hadir

Dato' Seri Anwar Ibrahim memberikan ceramah santai

Antara hadirin yang hadir

19 September 2011, Taman Meru 2c- Bersempena Hari Raya Aidilfitri, Parti Keadilan Rakyat Perak dengan kerjasama PKR Cabang Tambun dan Cawangan PAS telah berjaya menganjurkan Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum di Padang Permainan Taman Meru 2C.

Ceramah telah disampaikan oleh Ketua Srikandi PKR Malaysia, Dr Muhamad Nur Mnanuty (Ketua Majlis Pimpinan Negeri Perak) dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. DSAI telah memberikan pendedahan isu semasa dan janji yang bakal dilaksanakan bersama dalam Pakatan Rakyat jika berlaku pemindahan kuasa kepada PR. 

Hadirin yang hadir terdiri penduduk setempat dan ahli-ahli PAS, PKR dan DAP. Antara pimpinan PAS yang hadir Tuan Hj Asmuni Aswi (AJK PAS Malaysia), Dato' seri Nizar Jamaludin ( MB Perak PR) dan Ustaz Nuri al-Amin

Ceramah Yb Salahuddin

Hj Asmuni Aswi menunjukkan statistik warga asing diberi warganegara


15 September, Pusat Tarbiah PAS Taman Meru- Ceramah Isu Semasa yang menampilkan YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), Hj Asmuni Aswi (AJK PAS Malaysia) dan Dr Khairuddin Malik (YDP PAS Tambun) telah sempurna dijalankan.

Program ini adalah anjuran PAS Kawasan Tambun bagi mendedahkan isu semasa kepada ahli dan penduduk setempat. Yb Salahuddin telah mendedahkan beberapa isu penting negara terutamanya berkaitan pemberian taraf warganegara kepada warga asing yang semakin menjadi-jadi kini.

Ceramah berakhir sekitar jam 12 tengah malam tanpa gangguan provokasi dari pihak yang tidak bertanggung jawab.


Video Filem Ahmad Idham hina Islam


Inilah video kontroversi Ahmad Idham dalam Filem “Hantu Bonceng” yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Zizan Raja Lawak. Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui 

implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan 

mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat 

Al-Bukhari)

Dppk Tambun mengutuk sekeras-kerasnya penyiaran filem ini. Uploading video ke blog ini bukan untuk menyebarluas kan penghinaan ke atas Islam, tetapi adalah untuk membuat umat islam di luar sedar akan realiti penghinaan agama dan islam liberal yang cuba dimasukkan dalam negara kita.

Jelas ia bersangkut paut dengan akidah kita apabila bersangkut dengan kalimah shahadah. Semoga pihak berwajib mengambil tindakan susulan dan jangan melepaskan batuk ditangga seperti yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem [LPF] di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK].

Inilah yang terjadi bila tampuk pemerintahan/kementerian dikuasai oleh golongan yang pandang enteng pada agama..


Ahmad Idham hina Islam


LPF dan FINAS  perlukan Panel Syariah yang aktif.

1. Sungguh menyedihkan ! Ramai pihak sangat kesal dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem [LPF] di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK] sehingga membenarkan filem-filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontotan umum.

2. Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah “Hantu Bonceng” yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL]. Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

3. Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.

4. Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di dalam LPF ataupun diperingkat FINAS sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi ini ? apa yang ditapis selama ini ? penapis apa yang mereka pakai ? penapis tea ? atau penapis cendol yang berlubang besar ? sehingga masih banyak adegan yang  "menyenakkan mata" dan mengganggu sensitiviti masyarakat,  lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan.

5. Lebih malang, pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa -apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Sedih sungguh kami dibuatnya. Apalah erti dan makna wujudnya pihak berkuasa agama ? sebelum ini, JAKIM seperti tiada kuasa dan tiada apa yang boleh dilakukan malah untuk menerima memorundum pun tidak berkeupayaan apabila tercetus isu penghinaan terhadap Islam dan syariatnya oleh Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara.

6. Lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen samaada melalui chanel RTM ataupun chanel swasta seperti Astro terus  bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama. Apa sudah jadi ?  Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini ? jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya ?

7. Kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini. Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini. Sebelum ini, peka benar kerajaan terhadap isu Kalimah Allah, Isu Gereja dan isu komunis yang tidak wujud. Kenapa dalam perkara ini pihak kerajaan dan jabatan Agama kelihatan seperti "mati pucuk" ? tidak tahu dan tidak berupaya bertindak selayaknya.

8. Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis pandu yang berlandaskan Syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan FINAS, filem-filem yang lebih “luar biasa” akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku. Bukan sahaja kepada filem tempatan yang semakin hari semakin memperlihatkan kepada umum bagaimana hilangnya nilai seni, moral, adab serta adat ketimuran tetapi juga kepada filem luar [asing] yang mengundang kepada keruntuhan moral, akhlak, pemikiran dan budaya masyarakat kita.

9. Justeru, Dewan Pemuda PAS meminta pihak FINAS mahupun LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berauthoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam. Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara lansung di dalam industri ini  seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulamak seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [JAKIM] terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulamak untuk melepaskan diri.

10. Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur-unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak . Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini.

Semoga industri filem negara terus maju dan berkembang ke serata dunia dengan membawa imej negara yang baik dan gemilang tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak semata - mata untuk dijadikan tangkal pelaris filem di bioskop antarabangsa.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Najib tunduk pada kuasa rakyat


Tahniah Rakyat ! Teruskan Perjuangan Anda

1. Pemansuhan ISA disambut baik oleh semua pihak. Saya tidak pasti bagaimana sikap mereka yang lantang mempertahankan ISA sebelum daripada ini seperti  Perkasa Datuk Ibrahim Ali, justeru hampir tiada insan yang boleh bersetuju dengan kezaliman dan kekejaman ISA sebagai sebuah akta draconian.

2. Tentunya pihak yang paling bersyukur dan paling gembira ialah Warga GMI [Gerakan Mansuhkan ISA] yang selama ini menjadi wadah rakyat prihatin yang merindui keadilan dan menentang kezaliman terutama ahli keluarga mangsa kekejaman ISA.

3. Entah berapa banyak air mata mereka tumpah merintih dan munajat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa berdepan kezaliman  sang penguasa. Semoga janji pemansuhan ini segera dikotakan. Layaknya ia telah dimansuhkan sejak puluhan tahun yang lalu, setelah komunis tumpas dan menyerah diri lantaran semangat asal ISA diluluskan adalah untuk menangani pengganas komunis. Malangnya ISA digunakan untuk memenjara sosok dan minda pejuang dan ahli politik yang berbeza idealogi dengan pemerintah.

4. Gerakan Mansuhkan ISA [GMI] sangat konsisten menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak dan memansuhkan ISA dan saya sangat teruja melihat kegigihan mereka tanpa tara dan mempeduli risiko apalagi penat dan lelah. Mereka menongkah keangkuhan pemerintah bercagarkan masa depan mereka, bukan sahaja untuk membebaskan anggota keluarga mereka yang terpenjara tetapi jua untuk memastikan kem Kemunting ditutup kekal agar tiada lagi yang menjadi mangsa kekejaman "Kem Guantanamo Malaysia" itu.

5. Kemenangan rakyat ini menjadi satu bukti bahawa rakyat mempunyai keupayaan bertindak yang berkesan dan mereka mesti bersatu mengembeling kekuatan agar mereka tidak hanya dijadikan kuda tunggangan atau kerbau yang dicucuk hidung sehingga mereka boleh diperlakukan apa sahaja oleh sang pemerintah.

6. Rakyat tidak perlu cepat tersilau dan terkesima dengan satu atau dua perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sementelah ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah, justeru masih banyak perkara dan perubahan yang perlu dilakukan oleh pemerintah demi kepentingan rakyat dan rakyat semestinya meneruskan kebangkitan mereka seperti :
  • - Gerakan Menuntut Royalti Petroleum yang digerakkan oleh rakyat Kelantan dan Terengganu, 
  • - Gerakan Mansuh AUKU yang digerakkan oleh Mahasiswa,
  • - BERSIH yang digerakkan oleh lebih 60 NGO yang menunutut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara dan termasuklah
  • - perubahan pada iklim sosial negara agar tidak disuburkan elemen yang merosakkan moral dan meruntuhkan aqidah ummah.

7. Rakyat mesti terus mengembeling keupayaan mereka, menyemarak samangat reformasi memulih setiap sendi dan saraf sistem pemerintahan negara agar perubahan yang dilakukan tidaklah hanya bersifat tempelan dan pancing undi tetapi perubahan menyeluruh yang membawa negara dan rakyat makmur, aman, harmoni dan sejahtera.Perubahan juga jangan hanya pada bentuk aktiviti, pendekatan dan agenda bertindak, tetapi juga perubahan mesti melibatkan sikap, akhlak dan cara berfikir.

8. Terima kasih dan tahniah tetap diberikan kepada YAB Perdana Menteri di atas langkah mengejut yang diambil oleh beliau sebagai ketua kerajaan, lantaran itulah tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan itulah jua yang menjadi desakan rakyat selama ini.

9. Semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus menggerakkan agenda perubahan menyeluruh demi masa depan negara dan seluruh warganya terutama usaha untuk menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Syariat Islam. Jua didoakan petunjuk buat semua, khasnya pemimpin dan pemegang amanah pemerintahan negara agar melakukan banyak lagi perubahan positif khususnya yang telah menjadi tuntutan rakyat.

10. Kini rakyat sedang memerhati dengan tekun dan teliti, apakah YAB Perdana Menteri juga mempunyai keberanian untuk melakukan transformasi dalam sistem demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara agar keadilan dan ketelusan dapat dilaksanakan dengan yakin dan hak pengundi dapat diberikan sepenuhnya tanpa sebarang manipulasi. Antara yang menjadi fokus rakyat ialah penghapusan undi pos,  dakwat kekal, akses media secara saksama, pemurnian daftar pemilih dan kaedah pengendalian hari mengundi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
11.45 am \ jumaat
16 September 2011.

Sunday, September 18, 2011

Hizbul Muslimin dalam kenangan


Hamim.jpg

Hizbul Muslimin atau Parti Orang Muslimin Malaya (Muslim People's Party of Malaya), parti Islam yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948.
Pada Mac 1947, persidangan Islam se-Malaysia (Pan-Malayan Islamic conference) yang pertama telah diadakan di Madrasah Ma'ahad al-Ehya as-Sharif di Gunung SemanggolPerak. Perhimpunan yang ditaja oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy dianjurkan untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim. Ianya bertujuan membawa gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif secara politik dan progresif di dalam negeri untuk duduk bersama-sama. Hasilnya MATA, Majlis Agama Tertinggi (Supreme Religious Council) Malaya telah tertubuh.

Penubuhan Hizbul Muslimin

MATA mula menganjurkan perhimpunan dan kegiatan politik bagi aktivis Melayu-Muslim untuk berkumpul dan berbincang rancangan untuk masa depan dan keperluan untuk mengerahkan masyarakat umum. Majlis itu juga menganjurkan satu persidangan pada 13–16 Mac 1948 yang membincangkan isu tempatan dan antarabangsa yang berkenaan dengan masyarakat umum. Peserta-peserta persidangan merasakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuUMNO tidak melakukan apa yang memadai untuk mengemukakan isu mustahak secara umum dan puak konservatif-nationalis juga tidak memainkan peranan yang cukup untuk kepentingan Melayu-Muslim. Perwakilan UMNO di dalam MATA tidak berpuas-hati dengan nada perbincangan pihak Islamis, yang dirasai terlalu berunsur revolusi dan militan. Perwakilan UMNO telah melapurkan pendapat dan pemerhatian mereka pimpinan mereka menyebabkan pemimpin UMNO Dato' Onn Jaafar mula mengeluarkan amaran mengenai "ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol, lokasi pergerakan MATA.
Sejurusnya Parti Orang Muslimin Malaya atau Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada 17 Mac 1948 dipimpini Ustaz Abu Bakar al-Baqir selepas persidangan kedua MATA yang mengisytiharkan supaya MATA diatur-semula sebagai satu parti politik Islam. Dengan penubuhan Hizbul Muslimin, kesemua aktiviti politik telah dipindahkan kepada pertubuhan politik baru itu. MATA pula berperanan sebagai biro hal-ehwal agama parti itu. Walaubagaimanapun, parti politik Islam yang pertama di Malaya ditakdirkan untuk tidak bertahan lama apabila ianya diharamkan oleh kerajaanBritish dengan dakwaan bahawa Hizbul Muslimin menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya(PKM) yang diharamkan.


Pembubaran dan Selepasnya

Ramai anggota Hizbul Muslimin melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan menyertaiUMNO. Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu, mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association), dengan singkatan PAS. Pada masa itu, perlebagaan persatuan membenarkan keahlian bertindih di dalam PAS and UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain. Akhirnya, peruntukan keahlian bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang tersendiri. Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, persatuan itu didaftar-semula sengan nama baru sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era presiden Asri Muda pada 1970s.

Jamuan Raya PAS Tambun 2011


YDP PAS Tambun, Dr Khairuddin memberikan ucapan


Slot KP PAS Tambun


Persembahan nasyid yang dijemput khas..setanding Hijjaz yop!


Jemputan khas YB Khalid Samad


Antara hadirin yang hadir ke Jamuan Raya PAS Tambun


Chef Ustaz Latip dan Faiz

Pada 16/9/2011 yang lepas, PAS Tambun telah mengadakan Jamuuan Raya PAS Tambun. Kali ini jamuan raya telah diadakan di Tanjung Rambutan . Sambutan amat menggalakkan dari ahli yang hadir dari Dun Manjoi dan Dun Tanjung Rambutan. Tidak kurang juga yang hadir dari Dewan Penyokong PAS. Dengan pelaksanaan jamuan raya ini moga dapat menunjukkan izzah Islam dan PAs kepada masyarakat. Ukhwah terbentuk melalui kefahaman islam dan amal jamaie,supaya ukwah islam kekal selamanya..


Syukran jazilan kepada semua yang menjayakan Jamuan Raya ini..

Sejarah yang diputar belit Umno



Saban tahun rakyat dimomokkan Umno lah pejuang kemerdekaan negara. Tiada lain kecuali Umno semata-mata berjuang untuk kemerdekaan. Tapi jika dihayati betul-betul dan kajian secara terperinci buku sejarah PMR dan buku ilmiah yang lainnya,terbukti Umno hanyalah pengampu dan pegawai British semata-mata. umno hanyalah ciptaan British untuk kepentingan British. Pemimpin tertinggi Umno ketika itu mendapat pendidikan langsung dari British dan diserapkan dalam pentadbiran yang dikelolakan British.


Jadi tidak hairanlah jika Umno yang ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman diiktiraf British. Manakala pejuang kemerdekaan yang lain seperti Dr Burhanudin Al Helmi, Syamsiah Fakeh, Ustaz Abu Bakar Baqir dilabelkan sebagai pendokong komunis, penderhaka dan lain-lain. Hizbul Muslimin, API, PKMM, AWAS semuanya diharamkan oleh British kecuali Umno! 


Muhasabah lah seketika. Tatkala ramai para ulama dan pejuang gugur mempertahankan tanah melayu dari dijajah, Umno melakukan kerjasama dengan British kononnya rundingan damai untuk mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Perlukah rundingan damai atau izin dari British untuk kemerdekaan ? British masuk ke rumah kita tanpa diundang, tapi kita pula yang minta izin dari mereka untuk tinggal di rumah sendiri. Itulah yang cuba dilakukan Umno. Pejuang tumpah darah semata-mata mempertahankan tanah melayu, Umno dengan mudah melutut kepada British dan mendapat habuan pangkat dari British. Lalu meneruskan dasar British di Tanah Melayu setelah 'merdeka'.

Muhasabahlah..

Thursday, September 15, 2011

Ahli ke 6 Umno bukan Melayu


Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.
Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum.

Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Alor Gajah, Perak.

Sedikit latar belakang, Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh 'London' untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim.

ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.

Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato' Onn pengasas Umno berusaha bersungguh - sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.

oleh:

Che Gu Bard

Wednesday, September 14, 2011

Tun Mahathir pertahankan British



BRITISH BUKAN PENJAJAH.Tun Mahathir sekali lagi membuat kenyataan yang menggambarkan kebutaan sejarah beliau. Sekian lama sukatan pelajaran sejarah PMR dan SPM yang 'dikarang' oleh UmnoBN menggambarkan British adalah penjajah di Tanah Melayu. kini Tun Mahathir keluarkan kenyataan British bukan penjajah, sekadar dijemput raja2 untuk menjadi penasihat di Tanah Melayu. Ape ke jadahnye?


Dah lupe ke Tun Mahathir yang British lah yang memaksa raja2 dalam Perjanjian Pangkor, Malayan Union yang merepek,membunuh pejuang2 kemerdekaan yang berhaluan kiri, menghuru harakan institusi istana.


Raja2 menjemput British ke Tanah Melayu? Adakah British dijemput untuk menjajah? Penjajah terhormat yang dijemput secara terhormat..begitulah agaknya pandangan Tun Mahathir terhadap British. dalam Malayan Union, Sir Harold McMichael jelas memaksa raja2 tanah melayu menandatangani surat akuan setuju dengan Malayan Union. Antara isi penting Malayan Union adalah kuasa raja2 dilucutkan. Raja2 yang enggan bersama Malayan Union diugut akan diganti dengan raja yang lain. Ini kot tujuan British 'dijemput' ke Tanah Melayu. Hebat sungguh pandangan Tun Mahathir yang puak2 umno sanjung tu..


Molek sungguh kalau tun Mahathir belajar kembali sejarah PMR supaya bio matang sikit dalam sejarah Tanah Melayu.

Ceramah Isu Semasa bersama Yb Salahudin



moh kite dengo same-same

TG Hadi PM Malaysia


insyaAllah, he will lead this country in the future!
kemenangan dan keadilan akan wujud di muka bumi..
maka terhapus segala kebatilan dan kezaliman

Happy Besday PAS;)


60 tahun berjuang dalam harakah islamiah. bermula dari Hizbul Muslimin ke era Parti Islam Semalaysia, nadi islam sentiasa berdenyut dan bergetar bagi menyahut seruan jihadMU.
Ayuh teruskan perjuangan..lenyapkan zulmat di muka bumi

Monday, September 12, 2011

Ijtima tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan


jom turun ramai2
teguhkan kesatuan,perhebat dakwah..

SELAMAT HARI RAYA

DPPK TAMBUN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails