Wednesday, January 11, 2012

Kepentingan Tarbiah dalam Jamaah


    


        Pimpinan PAS Pusat telah memutuskan untuk memecat keanggotaan ahli Dr Hasan Ali setelah tindak tanduk beliau merugikan parti dan jamaah. Bermula dari isu Himpunan Selamatkan Akidah, kenyataan terbuka tidak meneyetujui agenda Negara Kebajikan dan terkini mengkritik secara terbuka menggunakan media UmnoBN mengenai Himpunan 901 dimana Tuan Guru Presiden dan TImbalan Presiden turut menyertai himpunan tersebut.


       PAS tidak menghalang ahli dan pimpinan untuk mengkritik. Tetapi disebabkan PAS adalah satu badan siasah yang bertunjangkan asas jamaah, adab-adab dalam jamaah perlu dijaga untuk menjaga kelansungan dan strategi parti. Dalam jamaah diajar konsep wala dalam pimpinan, penekanan kepada sir dan haza dan sebagainya. Tetapi inilah yang berlaku kepada Dr Hasan Ali apabila segala adab-adab ini tidak dipandang serius. Pendekatan musyawarah dan diskusi boleh diambil jika ada dasar yang tidak dipersetujui, bukan menggunakan media musuh untuk menghentam dan mengkritik. Padahnya fitnah kepada individu terbabit,parti dan jamaah. 




      Berjuang dalam PAS bukan sekadar atas dasar semangat semata-mata tetapi perlu kepada dasar kefahaman yang mendalam tentang jamaah. Apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua yang berlaku bebalik kepada tarbiah ahli dan pimpinan. Tarbiah bukanlah segala-galanya tetapi semuanya bermula dengan tarbiah. Penyujian jiwa dari pendekatan tarbiah akan mengketalkan hati untuk terus dalam perjuangan PAS.
Tarbiah bermula daripada usrah yang dibentuk.Berdasarkan kajian sirah, kita akan mendapati betapa hebatnya kuasa usrah ini. 


     Terbukti apabila Islam yang pada awalnya bermula secara senyap-senyap dengan ‘usrah’ Nabi s.a.w. bersama beberapa orang sahaja, dari rumah ke rumah (termasuklah rumah Arqam bin Abi Arqam), kemudiannya makin bertambah dari tahun ke tahun bilangan penganutnya, menjadi tulang belakang kepada penubuhan negara Islam Madinah dan pembukaan kota Mekah, dan seterusnya kepada penguasaan 2/3 dunia oleh umat Islam walaupun selepas kewafatan baginda.


Selami sejenak hasil tarbiah kepada Sultan Muhammad AlFateh yang telah membuka kota Konstantinopel..

Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:
“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya (penakluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkaulah orangnya.”
Setiap hari, tanpa bosan, ibunya berbuat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan hadis Rasulullah s.a.w. tadi berulang-ulang kali.
Hadis tersebut bukanlah untuk anaknya, namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu. Hasilnya, lahirlah seorang sultan, yang pada umurnya sangat muda, berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telahpun berusaha selama 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya. Subhanallah!

Hasil tarbiah dapat melahirkan para ahli,pendokong,penyokong,pimpinan yang kental dalam jamaah. Dahulukan kepentingan jamaah daripada kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails