Monday, April 23, 2012

Kempen Bersih dalam Muktamar


(Zaharudin [kanan] menyerahkan baju Bersih 3.0 dan mafla kepada Zaidi)

SELAYANG: Kempen untuk mempastikan ahli-ahli dan penyokong PAS seluruh negara turun ke Dataran Merdeka 28 April ini untuk perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 turut berjalan di mesyuarat agung PAS.

Ahad lalu, semua perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS kawasan Selayang telah diberikan lencana khas Bersih 3.0.

Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Talib pula dikalungkan baju dan mafla Bersih oleh Ustaz Zaharudin Mohamad, ahli Majlis Syura PAS yang merasmikan mesyuarat itu.

Semua perwakilan dikerah agar mempastikan semua ahli dan penyokong PAS turun beramai-ramai bagi mempastikan pihak berkuasa mendengar tuntutan mereka agar pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.

Di samping kempen dalam mesyuarat agung, penggerak PAS juga berkempen ke seluruh tempat bagi memastikan Bersih 3.0 berjaya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails