Thursday, June 14, 2012

Kenangan bersama seorang murabbi



PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Murabbi Ummah Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan.

Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

PAS menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Pemikiran Ustaz Yahya Uthman yang banyak menyemarak pertumbuhan idea tarbiyyah dan dakwah dalam konteks sebuah harakah Islamiah seperti PAS telah menonjolkan ketokohan beliau sebagai seorang ulama haraki. Penglibatan beliau secara langsung dengan gerakan Islam antarabangsa sejak zaman pelajar menjadikan beliau sebagai seorang tokoh murabbi yang kaya dari pengalaman dan ilmu

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Al Faatihah Buat Da'ie Murabbi Al Marhum Ustaz Yahya Uthman



oleh: Ustaz Hafez Sabri (Ketua Penerangan DPPK Tambun)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails