Friday, June 8, 2012

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman Unisel



Kelmarin PTPTN dengan angkuh telah membekukan pinjaman kewangan kepada pelajar baru Unviversiti Industri Selangor (UNISEL) dibawah kelolaan kerajaan negeri. Tindakan sombong dan angkuh ini lantaran kononnya untuk menguji kerajaan negeri membiaya mahasiswa dengan percuma.

Tindakan PTPTN amat memalukan kerana sanggup prejudis dan menjadikan mahasiswa sebagai mangsa politik kotor mereka. Selama ini Pakatan Rakyat telah berjuang untuk memberikan pendidikan percuma apabila dapat menguasai Putrajaya kelak..itulah janji PR. Tapi BN telah menggunakan PTPTN untuk menyekat bantuan kewangan ini sebelum PR menguasai Putrajaya dengan tujuan menyusahkan dan mengganggu pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri, MB Selangor telah mengumumkan bantuan RM 50 juta untuk mahasiswa Unisel dengan menggunakan dana kerajaan negeri sendiri. Pengumuman ini menyebabkan Najib altantuya dan Muhyidin Yasin panik kerana PR telah membuktikan 'janji ditepati', dan mungkin akan menyebabkan UmnoBN kalah teruk dalam PRU akan datang. Pagi ini dengan kenyataan yang memalukan dan terdesak, PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman kewangan kepada mahasiswa Unisel.  SHAME ON U MR NAJIB!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails