Tuesday, September 25, 2012

DUN sehari

IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.

"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.

"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.

Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.

Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?" 

Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.

"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009. 

"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.

Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan. 

"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails