Sunday, January 22, 2012

Pussy Cat



Gaya Umno BN menjelang PRU setiap tahun..
Ciri-ciri dan sifat munafik jelas terpampang..
Hancur Umno!

Rosmah belanja sakan di Sydney



Akhbar Australia Sydney Morning Herald melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.


Ketika rakyat sedang berdepan dengan krisis ekonomi dan disuruh berjimat cermat dalam perbelanjaan, lain pula ceritanya apabila isteri PM sendiri berbelanja dengan rakus di oversea. CAKAP TAK SERUPA BIKIN!


Dimana agaknya konsep wasatiah yang dicanangkan PM sebelum ini? Dimana Rosmah mendapat wang sebanyak itu untuk berbelanja dalam sekelip mata? SPRM perlu melakukan siasatan, jangan jadi pak turut dan tutup sebelah mata. 



Saturday, January 21, 2012

Imam Banna dalam kenangan

video

Sentuhan tarbiah dan dakwah perlu dalam setiap diri abnaul harakah..

Tuesday, January 17, 2012

Parasit Hasan Ali


Setelah dipecat dari kepimpinan PAS, Dr Hasan Ali semakin lantang cuba menyerang PAS dari pelbagai sudut. Kini beliau kononnya akan membuat roadshow diseluruh negara untuk mendedahkan 'parasit' di dalam PAS. Di khabarkan parasit inilah yang telah bertapak di dalam kepimpinan dan berada dalam jawatan strategik PAS untuk mengubah haluan sebenar PAS.

Kepada Dr Hasan Ali yang benar2 mahu mendaulatkan agama..
1) jika benar wujudnya 'parasit' di dalam PAS, adakah satu keperluan mendedahkan di seluruh negara? Bukankah ia menjadi satu fitnah kepada diri dan jemaah islam? Banyak lagi alternatif yang boleh dilakukan termasuk berjumpa terus dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulama? Bukankah mereka disegani dengan ilmu dan thiqah dalam bidang masing2? Jelas Dr Hasan Ali berniat bukan untuk kepentingan islam jika mahu mendedahkan 'parasit' ini diseluruh negara. Ia hanya menguntungkan BN dan fitnah kepada jemaah islam JIKA BENAR WUJUDNYA PARASIT!

2) tetapi jika isu parasit ni hanyalah rekaan Hasan Ali, maka Hasan Ali lah parasit sebenar dalam PAS dan untuk Islam. Kebanyakan isu kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh Hasan Ali sepanjang PR memerintah Selangor banyak yang menguntungkan BN. Yang paling penting banyak kepada isu melayu,melayu,melayu. Sinonim dengan perjuangan BN. Mungkinkah Hasan Ali bakal menjadi Ibrahim Ali ke 2? Nama bapanya sudah nama, mungkinkah perangainya saling tak tumpah?


PAS dah muak dengan isu Hasan Ali..
Hasan Ali semakin galak tagih simpati dalam media perdana BN..
BN makin hebat ulas isu Hasan Ali...
Nantikan kesudahannya...

Wednesday, January 11, 2012

Samy Vellu dalam kenangan

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

 

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain" 


Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah: 

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam" 

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Kepentingan Tarbiah dalam Jamaah


    


        Pimpinan PAS Pusat telah memutuskan untuk memecat keanggotaan ahli Dr Hasan Ali setelah tindak tanduk beliau merugikan parti dan jamaah. Bermula dari isu Himpunan Selamatkan Akidah, kenyataan terbuka tidak meneyetujui agenda Negara Kebajikan dan terkini mengkritik secara terbuka menggunakan media UmnoBN mengenai Himpunan 901 dimana Tuan Guru Presiden dan TImbalan Presiden turut menyertai himpunan tersebut.


       PAS tidak menghalang ahli dan pimpinan untuk mengkritik. Tetapi disebabkan PAS adalah satu badan siasah yang bertunjangkan asas jamaah, adab-adab dalam jamaah perlu dijaga untuk menjaga kelansungan dan strategi parti. Dalam jamaah diajar konsep wala dalam pimpinan, penekanan kepada sir dan haza dan sebagainya. Tetapi inilah yang berlaku kepada Dr Hasan Ali apabila segala adab-adab ini tidak dipandang serius. Pendekatan musyawarah dan diskusi boleh diambil jika ada dasar yang tidak dipersetujui, bukan menggunakan media musuh untuk menghentam dan mengkritik. Padahnya fitnah kepada individu terbabit,parti dan jamaah. 




      Berjuang dalam PAS bukan sekadar atas dasar semangat semata-mata tetapi perlu kepada dasar kefahaman yang mendalam tentang jamaah. Apapun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua yang berlaku bebalik kepada tarbiah ahli dan pimpinan. Tarbiah bukanlah segala-galanya tetapi semuanya bermula dengan tarbiah. Penyujian jiwa dari pendekatan tarbiah akan mengketalkan hati untuk terus dalam perjuangan PAS.
Tarbiah bermula daripada usrah yang dibentuk.Berdasarkan kajian sirah, kita akan mendapati betapa hebatnya kuasa usrah ini. 


     Terbukti apabila Islam yang pada awalnya bermula secara senyap-senyap dengan ‘usrah’ Nabi s.a.w. bersama beberapa orang sahaja, dari rumah ke rumah (termasuklah rumah Arqam bin Abi Arqam), kemudiannya makin bertambah dari tahun ke tahun bilangan penganutnya, menjadi tulang belakang kepada penubuhan negara Islam Madinah dan pembukaan kota Mekah, dan seterusnya kepada penguasaan 2/3 dunia oleh umat Islam walaupun selepas kewafatan baginda.


Selami sejenak hasil tarbiah kepada Sultan Muhammad AlFateh yang telah membuka kota Konstantinopel..

Diceritakan bahawa, semenjak Muhammad Al-Fateh lahir, ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh pergi keluar dari istana dan berdiri di sebuah tebing, di mana tebing itu menghadap ke arah Konstantinopel. Ibunya akan berkata:
“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya (penakluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkaulah orangnya.”
Setiap hari, tanpa bosan, ibunya berbuat begitu. Dari dalam gendongan, hinggalah Muhammad Al-Fateh boleh berjalan. Dia akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tebing itu dan menunjuk ke arah Konstantinopel kemudian membacakan hadis Rasulullah s.a.w. tadi berulang-ulang kali.
Hadis tersebut bukanlah untuk anaknya, namun tindakannya itu sebenarnya untuk memotivasikan anaknya agar menjadi lelaki yang mulia itu. Hasilnya, lahirlah seorang sultan, yang pada umurnya sangat muda, berjaya menawan Konstantinopel dalam masa sebulan lebih, sedangkan kaum muslimin telahpun berusaha selama 800 tahun sebelumnya dan tidak berjaya. Subhanallah!

Hasil tarbiah dapat melahirkan para ahli,pendokong,penyokong,pimpinan yang kental dalam jamaah. Dahulukan kepentingan jamaah daripada kepentingan peribadi.

Monday, January 9, 2012

DSAI bebas!


Keputusan mahkamah hari ini sudah memutuskan DSAI tidak bersalah dan dibebaskan.
Segala hujah dan bukti yang cuba dikemukakan dangkal semata-mata.

UmnoBN + Saiful Bukhari penipu
a) CCTV menunjukkan saiful berada di lif 5 minit lebih awal dari rakaman CCTV yang menunjukkan dia baru melepasi pondok guard (kemungkinan rakaman CCTV di ubah)
b)Laporan Pusrawi dan HKL menunjukkan dubur Saiful tidak pernah diliwat
c)Kononnya DNA diambil dari air mani, tapi bukti air mani tidak pernah dikemukakan di mahkamah
d) Spesimen disimpan dalam laci pegawai lebih 24 jam

Kini pemfitnah terbesar Saiful Bukhari mungkin berdepan dengan saman fitnah dan qazaf daripada DSAI.

Melangkah terus menuju ke Putrajaya!

Thursday, January 5, 2012

Himpunan Aman 901

http://really.tigaline.com/wp-content/uploads/2011/12/bebas-anwar.jpg

Sampaikan mesej kepada kerajaan zalim BN bahawa 

!
!
!
!

rakyat sudah muak dengan politil lucah dan bogel BN

!
!
!
!
!
!


rakyat sudah muak dengan campur tangan BN dalam sistem kehakiman negara
!
!
!
!
!
!
!

rakyat bakal menjahanamkan BN dalam PRU 13 akan datang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails