Thursday, June 14, 2012

Kenangan bersama seorang murabbi



PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Murabbi Ummah Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan.

Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

PAS menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Pemikiran Ustaz Yahya Uthman yang banyak menyemarak pertumbuhan idea tarbiyyah dan dakwah dalam konteks sebuah harakah Islamiah seperti PAS telah menonjolkan ketokohan beliau sebagai seorang ulama haraki. Penglibatan beliau secara langsung dengan gerakan Islam antarabangsa sejak zaman pelajar menjadikan beliau sebagai seorang tokoh murabbi yang kaya dari pengalaman dan ilmu

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Al Faatihah Buat Da'ie Murabbi Al Marhum Ustaz Yahya Uthman



oleh: Ustaz Hafez Sabri (Ketua Penerangan DPPK Tambun)

Ustaz Yahya Osman kembali kerahmatullah



Murabbi PAS dan juga tokoh tarbiyyah PAS, Al Fadhil Ust Yahya Osman telah meninggal dunia sebentar tadi. Sahabat seperjuangan,marilah kita bersama2 mendoakan semoga Allah menempatkan beliau di kalangan hamba2Nya yang bertakwa dan berjuang dijalanNya

Tuesday, June 12, 2012

Himpunan Tahlil Perdana

Himpunan Hijau Peringkat Perak



Bersama hijaukan Bagan Serai sabtu ini...

Saturday, June 9, 2012

BN akan dikafankan



Sebelum 9.3.2013 pun kita akan mengkafankan UMNOBN dan akan terpahat di Arkib Negara buat selama-lamanya.............

Friday, June 8, 2012

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman Unisel



Kelmarin PTPTN dengan angkuh telah membekukan pinjaman kewangan kepada pelajar baru Unviversiti Industri Selangor (UNISEL) dibawah kelolaan kerajaan negeri. Tindakan sombong dan angkuh ini lantaran kononnya untuk menguji kerajaan negeri membiaya mahasiswa dengan percuma.

Tindakan PTPTN amat memalukan kerana sanggup prejudis dan menjadikan mahasiswa sebagai mangsa politik kotor mereka. Selama ini Pakatan Rakyat telah berjuang untuk memberikan pendidikan percuma apabila dapat menguasai Putrajaya kelak..itulah janji PR. Tapi BN telah menggunakan PTPTN untuk menyekat bantuan kewangan ini sebelum PR menguasai Putrajaya dengan tujuan menyusahkan dan mengganggu pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri, MB Selangor telah mengumumkan bantuan RM 50 juta untuk mahasiswa Unisel dengan menggunakan dana kerajaan negeri sendiri. Pengumuman ini menyebabkan Najib altantuya dan Muhyidin Yasin panik kerana PR telah membuktikan 'janji ditepati', dan mungkin akan menyebabkan UmnoBN kalah teruk dalam PRU akan datang. Pagi ini dengan kenyataan yang memalukan dan terdesak, PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman kewangan kepada mahasiswa Unisel.  SHAME ON U MR NAJIB!

Ceramah WWW 1


Jemput semua datang..
Cakna dengan isu semasa
Apakah disebalik misteri isu WWW 1?
Inilah misteri nusantara........

Monday, June 4, 2012

Takziah buat keluarga Abg Hamid

Kenangan Abg Hamid..


Kenangan ketika Abg Hamid di Makan Malam PAS Tambun 2012

Bersama AJK Makan Malam

Alfatihah buat Abg Hamid..
3 hari yang lalu, Abg Hamid telah dimasukkan ke hospital kerana terjatuh di Markas Manjoi.
Baru-baru ini Allah telah menjemput Abg Hamid ke rahmatullah.
Sepanjang hidup arwah,arwah telah banyak mengorbankan sisa hidupnya bersama PAS.
Arwah telah banyak membantu program PAS dalam bidang teknikal IT.
Terakhir, admin sempat bekerjasama dengan arwah di Makan Malam PAS Tambun untuk incharge teknikal IT dan Multimedia.
Kenangan dan jasa Abg Hamid akan sentiasa bersama kita..
Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah bersama golongan beriman..
Alfatihah.........

Jasa PAS kepada semua termasuk Umno

Beza UMNO dan PAS

Sunday, June 3, 2012

Himpunan Hijau cipta sejarah

Lautan hijau yang menaikkan darah tinggi Najib altantuya

Peserta berteduh di bawah stadium akibat hujan lebat

Kedai makan untung..

Suasana petang di Stadium Darul Aman

Sebahagian peserta di sudut stadium

Munajat perdana bersama pimpinan



Slot anak muda bersama Ustaz Azhar Idrus

Penyanyi Aishah telah bersama PAS

Dato Adnan, orang kuat PDRM 

Sasterawan Negara, A.Samad Said menyampaikan puisi anak muda

Taujihat dari Tuan Guru Presiden

Doa dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz

PAS berjaya melakar sejarah apabila berjaya mengumpulkan ahli lebih 100,000 di Stadium Darul Aman di Kedah 1 Jun lepas. Semua ahli hadir dari setiap pelosok kawasan untuk mendengar taujihat pimpinan bersempena menempuh PRU 13. 
TPM Muhyidin Yassin bakal menjadi Raja Lawak musim ini apabila mengatakan peserta himpunan hijau telah dibayar untuk hadir..kah kah kah...
Buat malu je samakan Umno dengan PAS. Kami tidak buta dengan wang ringgit, kami cuma mahukan kedaulatan Islam ditegakkan. Kami mahukan keadilan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails