Saturday, September 29, 2012

Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.

Bajet 2013

KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah belanjawan panik yang takut kepada kebangkitan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Tetapi, katanya lagi, apa pun yang diumum dan diberikan oleh Najib dalam belanjawan itu tidak akan dapat membendung kemaraan gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan," kata Mahfuz.

Beliau berkata, sama ada BN kalah atau menang dalam pilihan raya umum akan datang, inilah penggal terakhir bagi Najib dalam kabinet. 

"Kalau dengan segala tipu dayanya BN menang sekalipun dalam pilihan raya akan datang, ia dijangka lebih tipis dari kemenangannya pada tahun 2008.

"Akibatnya, Najib akan dihambat seperti Umno hambat Pak Lah (Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi) setelah beliau gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk BN dalam pilihan raya 2008 lalu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, belanjawan tersebut bagaikan wasiat Najib dalam pembahagian harta.

"Berbilion-bilion diwasiatkan untuk anak-anak kesayangan atau kroni-kroni Umno yang pakar membodek dan mengampu.

"Anak-anak yang tak mahu atau tak pandai membodek dan mengampu pula, dapatlah sagu hati RM1,000, RM250, RM200 atau RM7.80," katanya.

Tumpuan belanjawan panik Najib itu, kata Mahfuz, adalah untuk menggula-gulakan rakyat supaya memberi peluang kepada Umno BN sekali lagi.

Namun begitu, katanya, masih terdapat unsur ketirisan dan hendak mengkayakan kroni.

"Walaupun hendak menggula-gulakan rakyat supaya terus menyokong Umno BN, tetapi belanjawan itu bukan untuk rakyat," katanya. 

Belanjawan yang tidak pro-rakyat itu, kata Mahfuz, tidak mempedulikan masalah fundamental dalam ekonomi negara seperti penghapusan rasuah, salah urus dan percanggahan yang besar antara perancangan dan perlaksanaan.

"Belanjawan itu juga mengetepikan soal akauntabiliti," katanya.

Beliau juga menyifatkan belanjawan itu kosong dengan pendekatan yang menarik perhatian untuk meningkatkan ekonomi.

"Tidak ada perkara baru seperti perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh (Tun) Dr Mahathir dulu. 

"Belanjawan Najib tidak ada daya penarik. Orang Putih kata tak ada 'wow factor'," katanya. 

Mahfuz juga menyifatkan belanjawan itu tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

"Kita baca berita tentang belanjawan Perancis yang dipanggil 'combat budget' dengan memberikan tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam," kata beliau.

Sebaliknya, kata Mahfuz, belanjwan Najib tidak memberi tumpuan kepada hutang negara yang telah mencecah RM476 bilion.

"Kerajaan Umno BN juga masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara," katanya lagi..

Thursday, September 27, 2012

Poster Doa Pilihanraya


Usrah Tajuk Uzlah




Usrah Dppk Tambun semalam telah membincangkan tajuk 'uzlah' dipimpin oleh naqib Ustaz Harmain. Uzlah bermaksud mengasingkan diri iaitu mengasingkan diri dan meninggalkan masyarakat, kawan atau sebarang tanggungjawab yang menjadi rutin hidup dalam tempoh tertentu.

Dalam konteks waqi' negara kita, kurang bijak sekiranya konsep uzlah digunapakai untuk mengasingkan diri dari terlibat dalam sebarang aktiviti jamaah, politik dan demokrasi. Ada sebahagian jamaah menguzlahkan pendekatan mereka daripada politik dan pilihanraya kerana beranggapan tidak syarie. Dalam kaedah fiqh "mala yatimmul wajibu illa bihi fahuwawajibun" yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya,maka ia menjadi wajib.

Meninggikan syariat Islam adalah wajib, maka melalui jalan pilihanraya adalah cara untuk mendapatkan kuasa meninggikan syariat Islam. Pilihanraya telah menjadi satu kewajiban dalam konteks negara Malaysia. Cara lain adalah rampasan kuasa. Islam tidak ajar cara rampasan kuasa, melainkan Umno BN yang telah menjadikannya tradisi seperti rampasan kuasa di Perak dulu.

Dulu kini selamanya bersama Islam..

Iklan Permohonan Masuk PASTI



Anda pening-pening nak hantar anak-anak ke PASTI @ KEMAS?
Tak payah pening-pening..compare je anak-anak orang lain yang hantar anak ke PASTI dan KEMAS.
Sejuk mata memandang tengok anak-anak kecil PASTI ;)

Iklan Permohonon Masuk Sekolah Agama



Iklan ni baru dikeluarkan. Bagi sesiapa yang mempunyai adik,sepupu, anak sedara dan sebagainya yang baru lepas exam UPSR, sila alertkan diri anda!

Setelah keputusan UPSR diumumkan nanti, permohonan untuk kemasukan ke sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri akan dibuka. Rebut peluang keemasan ni. Didik anak-anak kecil kita dengan didikan agama, supaya boleh menjadi penyambung rantai perjuangan nabi pada masa akan datang. Moga menjadi miftahul jannah buat kita di akhirat nanti.

Kebanyakan sekolah agama telah ada tanzim lengkap jamaah islam, mudah-mudahan anak-anak kita bersama dengan jamaah islam sejak di bangku sekolah lagi. Allahuakbar!

Wednesday, September 26, 2012

Hina Hudud..Umno ke Ni?



Cybertrooper Umno kini makin terdesak apabila Pakatan Rakyat mula membentangkan Bajet Pakatan Rakyat. Kini kebanyakan cybertrooper Umno mula membuat propaganda bagi memecahbelahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat (koje biase puak Umno).

Terbaru poster di atas ni telah disebarkan oleh seorang cybertrooper Umno @ Suara Dari Bumi. Apa motif meletakkan tangan dipotong dan Al-Quran di hadapan? Motifnya jelas adalah untuk menghina hukum Allah dan cuba menakutkan bukan Islam. Jika cybertrooper itu adalah orang Islam, semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.Seperti biasa cybertrooper Umno tidak akan dapat menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.



Tahnik anak Exco dppk Tambun

Balqis Miftahul Jannah

Ahli cawangan yang hadir

Kambing aqigah dari Srati

Timb. YDP PAS Kawasan sedang tahnik Balqis

Exco Dppk @ Ustaz Farid pun tahnik

Doa oleh Imam Zul

Sabtu lepas, 22/9/2012 telah diadakan Majlis Aqiqah sempena menyambut kelahiran anak pertama salah seorang exco Dppk Tambun, Firdaus Ismail. Serikandi sulung yang diberi nama Balqis Miftahul Jannah ini telah ditahnik oleh Ustaz Lokman (Timb. YDP PAS Kawasan Tambun), Imam Zul, Ustaz Imran dan Ustaz Farid. Semoga keberkatan para soleh ini akan menjadikan anak ini serikandi dan salah satu rantai meneruskan perjuangan nabi.

Bagi sesiapa yang berhajat nak beli kambing, biri-biri dan seangkatan dengannya, boleh pergi ke link blog ni  http://berjaya-farm.blogspot.com . Kambing di ternak di kawasan Sekolah Rendah Agama Tarbiah Islamiah (Srati), di Tanjung Rambutan.Kambing PAS tu!!!!


Tuesday, September 25, 2012

DUN sehari

IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.

"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.

"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.

Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.

Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?" 

Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.

"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009. 

"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.

Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan. 

"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.

Pelancaran Dana Pusat Tarbiah Batu 5


Pelancaran dana oleh Ustaz Idris Ahmad


Ucapan perasmian


Ucapan dari YDP PAS Kawasan Tambun


Muslimin muslimat yang hadir


Kusyuk mendengar taujihat pimpinan

Ahad lepas, 23/9/2012 telah diadakan Pelancaran Dana Pusat Tarbiah Kg. Tersusun
Batu 5.
Program ini khusus diadakan untuk mengutip dana sebanyak mungkin untuk membangunkan
pusat tarbiah di Kg. Tersusun Batu 5. Perasmian dana telah dilancarkan oleh Alfadhil
Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Antara pimpinan yang hadir ialah Dr Khairuddin
(YDP PAS Kawasan Tambun) dan Sdr Syamsul (Calon Pkr Dun Ulu Kinta).

Dalam ucapan perasmian, Ustaz Idris Ahmad telah menegaskan bahawa seseorang
itu masih dianggap hina jika diri tidak bersama dengan jamaah islam. PAS masih komited
dan konsisten dalam memperjuangkan islam di Malaysia.

Dr Khairuddin pula telah menjelaskan bahawa PAS tiada masalah dalam bekerjasama dengan
parti-parti komponen PR. Agenda tahaluf siyasi telah berjalan dengan baik dan DAP
semakin menunjukkan minat kepada Islam. Berkat tahaluf siyasi, DAP semakin menghormati
PAS sebagai parti islam tunggal yang memperjuangkan islam di Malaysia.

Semoga tertubuhnya pusat tarbiah ini nanti dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah di
cawangan dan kawasan. Semoga Islam kembang subur di muka bumi..

sumber: Muhammad Hasrul Qoorata

Blockbuster Umno Underwater World



Sekali lagi edisi kantoi buat rejim Umno BN. Konon dengan tujuan mewujudkan suasana panik tentang isu air, BN telah merancang membuat satu video di pangsapuri terpilih di Selangor. Penduduk terpilih telah dibayar RM50 untuk menjayakan sinema terhangat dipasaran itu. Mereka diarahkan memegang tong-tong baldi dan berbaris bagi mendapatkan air. Isu air kain dipanaskan oleh media terutamanya TV 3suku, Berita Hairan dan seangkatan dengannya kononnya isu air di Selangor makin meruncing. Realitinya tiada langsung isu air di Selangor!!!

Umno BN kian meroyan kerana Kerajaan Negeri Selangor memberikan air percuma kepada semua pemilik meter individu dan kerajaan negeri tidak meluluskan projek mega BN iaitu Projek Langat yang akan menguntungkan krono semata-mata.



Dalam bulatan merah tu jelas tauke ikan bakar yang sudah famous satu malaysia. Dalang semua angkara syaitan ini sudah jelas..

Nantikan pendedahan kebodohan UmnoBN di media-media merapu mereka..

Info Prihatin : Adam rosak saraf otak

Pilihanraya Kampus hari ini


Hari ini serentak semua IPTA di seluruh negara akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK). Mahasiswa diseru membuang undi mereka untuk memilih bakal pimpinan mahasiswa yang akan mengepalai setiap program universiti, dakwah dan menjuarai isu semasa dan nasional. 

Dikahabarkan puak aspirasi yang ditaja oleh Umno telah bertungkus lumus untuk memenangi PRK kali ini diseluruh IPTA. Puak aspirasi kian terdesak untuk memenangi PRK kali ini kerana kalah menangnya memberi petunjuk awal kemenangan dan kekalahan awal UmnoBN di persada nasional. Antara strategi terbarunya adalah menaja calon-calon muka baru yang berimej islamik untuk memecahkan undi calon pro-mahasiswa.

PRK kali ini seolah-olah pertembungan antara Pro-mahasiswa v/s UmnoBN. Semakin kuat Umno masuk ke dalam campus IPTA, semakin itulah perjuangan mahasiswa makin kental melawan aspirasi dan UmnoBN.



Semoga mahasiswa bijak memilih calon yang berkaliber terutamanya dari kem pro-mahasiswa.

Vote for Pro-M!

Saturday, September 22, 2012

Berdoa Tapi Telanjang


Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di Dover, England pada 14 September lalu.

Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.

Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.

Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.

Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?

BATAS-BATAS AURAT LELAKI

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..

Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...


"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" 


sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com

Ketua Cawangan PAS Meru 2B masuk IJN

Kenduri doa selamat bagi mendoakan kesihatan beliau

Paling kanan: Ketua Cawangan Meru 2B

Baru -baru ini Ketua Cawangan PAS Meru 2B, Tuan Hj Tarmizi telah di diagnose 'heart problem'. Sebelum ini masalah kesihatannya telah beransur pulih namun kembali kritikal sebulan dua ini. Belaiu telah dirujuk kepada IJN dan akan admit di IJN pada esok hari, 23/9/2012. Menurut beliau, besar kemungkinan beliau akan dibedah (Bypass @ CABG @ Coronary Artery Bypass Graft).

 Kelmarin PAS Cawangan Meru 2B telah mengadakan doa selamat bagi mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk beliau. Semoga kesihatan beliau akan pulih seperti sediakala dan akan meneruskan perjuangan islam beliau di Taman Meru 2B selaku ketua cawangan.

Mohon doa dari sahabat seperjuangan..

Monday, September 17, 2012

Umno serang Inspektor Polis



Umno BN semakin ketandusan modal melawan Pakatan Rakyat. Pelakon Abby Abadi @ Inspektor Heliza memegang handphone semasa berdoa pun dijadikan isu untuk menyerang peribadi, dalam masa yang sama cuba menyerang PAS. Pic ini diambil semasa Demo Bantah Penghinaan Nabi di Masjid Negeri, Ipoh baru-baru ini. Tapi cybertrooper Umno telah mengedit pic tersebut menjadikannya sebagai isu murahan.

Umno semakin ketandusan isu, petanda kejatuhan Umno buat selamanya....

Kontroversi Netbook 1Malaysia



Dikhabarkan netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini telah dipulangkan semula atas sebab2 teknikal. Dimaklumkan netbook tersebut telah dipersoal akan kualitinya. Projek mee segera BN sekali lagi dipertikaikan. Tender telah pun diberikan pada kroni, kroni dah kenyang pun makan duit komisyen. Tapi netbook yang diberikan 'indah khabar dari rupa'. Habis duit rakyat dibazirkan dengan projek ntah ape-ape ni. Projek pemberian netbook tu dah ok, tapi biarlah berbaloi-baloi! Kualiti macam beli kat pasar malam!

Rakyat dibahulukan, pencapaian dicapatikan!

Demo ke US Embassy

Saturday, September 15, 2012

Demo Bantah Hina Nabi!!!!!!!!!!

Ketua Pemuda PAS Tambun




Abby Abadi dan Pimpinan Muslimat Tambun

Abby Abadi sertai demo di Masjid Negeri






Lantaran kebiadaban seorang Yahudi Israel Laknatullah membuat video " Innocence of Muslim", Dewan Pemuda PAS telah melancarkan himpunan diseluruh negeri selepas solat jumaat di masjid negeri masing-masing. Video ini sama sekali tak dapat diterima oleh umat islam kerana telah menghina nabi dan menggambarkan nabi sebagai gila seks, penipu etc. 

Dewan Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan ini dan pelaku wajar diambil tindakan! Ya Allah, bantulah kami untuk mempertahankan Islam dan kemuliaan Nabi kami!

Dimana PERKASA?? Tatkala gambar Haji Najib dipijak, PERKASA terkehadapan mempertahankan Haji Najib. Tapi bila Nabi kesayangan kita dihina, PERKASA membisu dan menyepi seribu bahasa.

Thursday, September 13, 2012

Sunday, September 9, 2012

Rumah Terbuka PAS Tambun

Hadirin yang hadir

Muslimat kusyuk dengar amanat pimpinan

Muslimin kekenyangan

Amanat dari Tuan HJ Asmuni

Ucapan dari KP PAS TAmbun

Kolam buatan PAS Taman Meru

Bendera giant PAS

Kaum Tionghua pun hadir

Bersama Ketua Muslimat, Kak Ju

Bersama Pimpinan

Unit Amal yang dari awal menjaga keselamatan program

9 September 2012, petang tadi PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri. Program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan walaupun hujan turun di awal program bermula. Seluruh pimpinan PAS Kawasan telah bersama-sama dengan ahli bagi menjayakan rumah terbuka ini. Kehadirin Tuan Hj Asmuni selaku Ajk PAS Pusat dan bakal calon PAS Dun Manjoi telah menyerikan lagi program ini.
Umno pasti menggelabah bila lihat kehadiran yang begitu ramai! Hancur Umno!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails